MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Sept 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Sept 2022.
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan notis usul pasukan pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor, 70 tahun, untuk mengecualikan Hakim Mohamed Zaini Mazlan dari perbicaraan tersebut.
Ketelusan perlu diterapkan dalam kitaran perolehan yang melibatkan proses penilaian bekalan, peruntukan belanjawan, tawaran dan tender terbuka, pelaksanaan kontrak serta pengauditan dalam usaha untuk mencegah rasuah.
Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh berjaya menahan tujuh lelaki berusia antara 19 dan 35 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di tepi jalan di Mentakab pada awal pagi 31 Ogos.
Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, dan denda RM970 juta ke atas Datin Seri Rosmah Mansor.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mempersoalkan individu yang mendakwa mengetahui keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low tidak memaklumkan kepada KDN.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan terus mendengar dan membuat keputusan dalam kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan.
Selepas lebih 35 tahun hidup bersendirian, penyanyi senior terkenal, Salamiah Hassan kembali memikul tanggungjawab sebagai isteri kepada Gerry Hughes.
Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) bertarikh 29 Ogos lepas.
Pihak pembelaan mendakwa 40 pertuduhan menerima suapan membabitkan Visa Luar Negara (VLN) yang dihadapi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelas menunjukkan wujud pendakwaan terpilih dan tiada kes prima facie.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami