ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 September 2022.

1. PM umum kenaikan elaun pelajar tajaan Petronas

Kenaikan itu melibatkan elaun buku dan peralatan belajar daripada RM1,000 kepada RM1,500 untuk pelajar di Malaysia dan tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara.


2. Tommy Thomas prejudis dan Malaymophobia - Ahmad Zahid

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan bekas Peguam Negara itu sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini.


3. Kalau benar ekonomi gagal diurus, segera tarik sokongan terhadap PM - Asyraf Wajdi cabar Muhyiddin

Ketua Pemuda UMNO itu juga mencabar Muhyiddin untuk mengarahkan Ahli-Ahli Parlimen PN di dalam Kabinet untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dengan segera.


4. Penjara 45 tahun, 24 sebatan buat lelaki jadikan dua anak kandung 'hamba seks', ugut bunuh isteri

Tindakan durjana seorang lelaki merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap dua anak kandungnya yang kini berusia 15 dan 19 tahun sejak tujuh tahun lalu serta mengugut membunuh isteri serta kedua-dua mangsa berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara selama 428 tahun serta 240 sebatan di Mahkamah Ayer Keroh hari ini.


5. SM Faisal saman Caprice atas dakwaan memfitnah berhubung kes Emilia

Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal memfailkan saman terhadap penyanyi rap Caprice, atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya, yang mengaitkan ahli perniagaan itu dengan kes bekas isterinya Emilia Hanafi.


6. "Semoga ada keajaiban, harap penculik lepaskan kakak saya" - Adik mangsa culik

"Semoga ada keajaiban, diharap mereka lepaskan kakak saya.”
Itu luahan adik kepada ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi yang diculik penjenayah baru-baru ini.


7.  Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa intip dan hendap, tampil kongsi pengalaman - Mas Ermieyati

Sesiapa sahaja mungkin menjadi mangsa jenayah intip dan hendap, justeru Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan jenayah tersebut memerlukan kerjasama semua pihak dalam perjuangan diwartakan sebagai akta.


8. Isu 'scam' kerja di luar negara dibawa ke Kabinet esok - Abd Latiff

Isu sindiket penipuan pekerjaaan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok.


9. Cebisan tulang, baju ditemukan di lokasi pekerja kuari dikhuatiri tertimbus

Pasukan penyelamat menemukan cebisan tulang, baju serta bangkai jengkaut di lokasi dua pekerja kuari yang dikhuatiri tertimbus dalam insiden runtuhan kuari pada Mac lalu di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, pada Selasa.


10. Penduduk penat isu babi berlarutan lebih 50 tahun, gesa tindakan segera

Penduduk Kampung Tanjung Sepat di Sepang, sehingga kini runsing dengan kewujudan banyak ladang ternakan babi yang telah menghantui mereka sejak puluhan tahun lau.