awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
22/09/2022
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 September 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 September 2022.
1. Amalan rasuah di Malaysia pada skala bahaya - Sultan Nazrin
Amalan rasuah di negara ini disifatkan berada pada skala yang membahayakan berdasarkan teguran laporan Ketua Audit Negara secara berulang kali dan pelbagai penemuan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
2. Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat didedahkan kepada umum kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terikat dengan tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).
3. Pelajar IPT ditahan miliki bahan pornografi kanak-kanak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang lelaki warga asing berusia 24 tahun yang memiliki bahan pornografi kanak-kanak.
4. Tekong bawa PATI seberang Sungai Golok maut terkena tembakan anggota PGA
Lelaki terbabit sebelum itu dikatakan bertindak menyerang pegawai dan anggota PGA yang menyedari kehadiran sekumpulan PATI.
5. Kes Siti Bainun: Bella hadir beri keterangan secara tertutup
Bella memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-18 dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas.
6. PRU15: "Boleh diadakan sebelum musim banjir" - Asyraf Wajdi
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, berdasarkan perkongsian Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), ramalan banjir besar bakal berlaku pada penghujung November tahun ini.
7. UNGA ke-77: Perdana Menteri tiba di New York untuk ketuai delegasi Malaysia
Ketibaannya disambut oleh Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.
8. Kes Yayasan Akalbudi: Mahkamah benarkan permohonan pendakwaan cabar kredibiliti saksi
Hakim Datuk Collin Sequerah berkata Seksyen 155 Akta Keterangan 1950 membenarkan prosiding mencabar kredibilti itu dimulakan sebagaimana dipohon pendakwaan.
9. KKM umum perakuan pelantikan buat jururawat kontrak, tetap - Khairy
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, pelantikan tetap itu akan dibuat secara berfasa dalam tempoh suku keempat tahun 2022 dan suku pertama tahun 2023.
10. Pakatan Harapan sukar lakukan perubahan ketika mentadbir kerana Tun M tidak komited - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, situasi itu dapat dilihat selepas beberapa bulan gabungan itu mentadbir, politik Malaysia kembali kepada isu perkauman.
Topic Berkaitan
#berita tempatan pilihan
#berita Malaysia
#berita dalam negara
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan