MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Oktober 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Oktober 2022.
Keadaan ekonomi negara pada masa kini amat berbeza dengan situasi yang pernah dihadapi sewaktu Krisis Kewangan Asia pada 1997-98, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu Dewan Rakyat hari ini.
Sindiket Pekerjaan: 90 rakyat Malaysia dalam proses dibawa pulang, 88 masih dikesan - Saifuddin
2. Setakat September, seramai 90 rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara akibat sindiket penipuan pekerjaan dan pemerdagangan manusia, sedang dalam proses dibawa pulang.
Tempoh masa pengundian bagi pilihan raya umum akan datang akan dipanjangkan selama 1 jam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulangi kata dua kepada parti Pas iaitu memilih sama ada untuk bersama UMNO atau Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti Setapak menjadi lubuk bagi kegiatan doktor gigi palsu atau tidak bertauliah yang dilihat semakin meningkat dan aktif mempromosikan perkhidmatan mereka menerusi media sosial.
Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, yang mempunyai peruntukan bagi melarang AhlI Dewan Rakyat bertukar parti, akan berkuatkuasa esok (5 Oktober 2022), kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, mengetahui bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima sumbangan AS$100 juta daripada Arab Saudi ke dalam akaun peribadinya pada 2011.
Di sebalik faktor usia dan sejarah kesihatannya, jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, masih berpeluang kembali ke tahap prestasi terbaik dan menghadiahkan emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Cita-cita untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah buat seorang pelajar dari Kampung Kursal, Rantau Panjang, Kelantan berkemungkinan terpaksa dilupakan apabila duit simpanannya masih belum mencukupi.
Calon UMNO yang bertanding dengan tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu memenuhi kriteria "WALI" -- "winnability" (boleh menang), "acceptibility" (kebolehterimaan) dan "likeability" (disenangi), kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami