KUALA LUMPUR: Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, yang mempunyai peruntukan bagi melarang AhlI Dewan Rakyat bertukar parti, akan berkuatkuasa esok (5 Oktober 2022), kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu berkata, tarikh pelaksanaan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, hari ini.
Katanya lagi, beliau menjunjung kasih terhadap perkenan Seri Paduka Baginda, yang membolehkan akta itu dikuatkuasa sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15.
“Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 ini telah diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai 2022. Majoriti sokongan 209 orang Ahli Parlimen, dimana 11 orang tidak hadir. Dan (sokongan) Dewan Negara pada 9 Ogos 2022 dengan majoriti sokongan 52 Senator, di mana tujuh orang tidak hadir.
“Akta Perlembagaan ini, telah mendapat perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia YDP Agong, pada 31 Ogos 2022, dan telah diwartakan sebagai Akta A1663 pada 6 September 2022.
“Alhamdulillah, akta ini dapat perkenan YDP Agong bagi tarikh kuat kuasa pada 5 Oktober 2022, dan selaras dengan Seksyen 1 (2) dan Seksyen 1(2) Akta A1663, dan akta ini juga telah digazetkan pelaksanaannya baru sekejap tadi,” katanya lagi.
Dalam pada itu Wan Junaidi berkata, terdapat empat negeri yang sudah meluluskan akta berkaitan larangan bertukar parti di peringkat Dewan Undangan Negeri, iaitu Sarawak, Sabah, Kelantan, dan Pulau Pinang.
Bagi tujuan penyelarasan, beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengutus surat kepada kesemua Kerajaan Negeri, meminta mereka mengikut ketetapan berdasarkan Akta tersebut.
“Maka itulah kenapanya surat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menyusul kepada semua negeri, meminta negeri selaraskan menggunapakai pindaan yang kita telah gubal di bawah Jadual Ke-lapan Pindaan Perlembagaan ini.
“Dan jadual itu adalah untuk selaraskan penggunaan ahli berpindah parti di negeri-negeri yang boleh digunapakai pada pihak ADUN dia. Walaupun case review Nordin Salleh telah di overturn dia punya decision, tetapi kesannya sama. Kita hendak undang-undang itu diselaraskan supaya peruntukan di semua negeri itu bersama-sama (dengan semangat akta),” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Oct 04 2022
![Akta Antilompat Parti berkuatkuasa esok - Wan Junaidi Akta Antilompat Parti berkuatkuasa esok - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61664785210_WanJunaidi.jpg)
Wan Junaidi berkata Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, atau Akta Antilompat Parti, akan berkuatkuasa esok (5 Oktober, 2022). - BERNAMA
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
![Isu enam kerusi Parlimen: Ini bukan soal takut, ini soal Perlembagaan - Fahmi Isu enam kerusi Parlimen: Ini bukan soal takut, ini soal Perlembagaan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720885667_FahmiFadzil.jpg)
Isu enam kerusi Parlimen: Ini bukan soal takut, ini soal Perlembagaan - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan ketika ini menghormati ketetapan yang termaktub dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atau Akta Antilompat Parti.
![Akta Antilompat Parti perlu lebih ketat - Mohamad Hasan Akta Antilompat Parti perlu lebih ketat - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720862685_tbMohamadHasan.jpg)
Akta Antilompat Parti perlu lebih ketat - Mohamad Hasan
Akta Antilompat Parti wajar dikaji semula bagi mengatasi kelompongan sedia ada sekali gus menghalang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri melompat ke parti lawan.
![Perbaiki kelompangan Akta Antilompat Parti, elak rakyat benci dan muak - Akmal Perbaiki kelompangan Akta Antilompat Parti, elak rakyat benci dan muak - Akmal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720846552_AkmalSaleh.jpg)
Perbaiki kelompangan Akta Antilompat Parti, elak rakyat benci dan muak - Akmal
Kelompangan dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 atau Akta Antilompat Parti perlu diperbaiki bagi mengelak rakyat benci dan muak.
![Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651727407_nazriaziz.jpg)
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
![ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677573168_LorettoSipinPadua.jpg)
ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan
Tindakan ADUN melompat selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan kepada Akta Antilompat Parti dianggap tidak berpelembagaan.
![PRU15: 'Ahli Parlimen sokong saya jadi PM tidak langgar Akta Antilompat Parti' - Muhyiddin PRU15: 'Ahli Parlimen sokong saya jadi PM tidak langgar Akta Antilompat Parti' - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668677960_TBMUHYIDDINYASSIN.jpg)
PRU15: 'Ahli Parlimen sokong saya jadi PM tidak langgar Akta Antilompat Parti' - Muhyiddin
Muhyiddin menjelaskan tindakan ahli-ahli Parlimen berkenaan tidak melanggar sebarang akta seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
![Akta Antilompat Parti berkuatkuasa esok - Wan Junaidi Akta Antilompat Parti berkuatkuasa esok - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61664785210_WanJunaidi.jpg)
Akta Antilompat Parti berkuatkuasa esok - Wan Junaidi
Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, atau Akta Antilompat Parti, akan berkuatkuasa esok (5 Oktober, 2022).
![Agong tentukan tarikh pelaksanaan Akta Antilompat Parti - Wan Junaidi Agong tentukan tarikh pelaksanaan Akta Antilompat Parti - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664860706_MenteridiJabatanP.jpg)
Agong tentukan tarikh pelaksanaan Akta Antilompat Parti - Wan Junaidi
Agong boleh menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa peruntukan seksyen 6 Akta A1663 dengan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua negeri.
![Lebih banyak serangan, fitnah menjelang PRU15 - MB Johor Lebih banyak serangan, fitnah menjelang PRU15 - MB Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663985149_DatukOnnHafiz.jpg)
Lebih banyak serangan, fitnah menjelang PRU15 - MB Johor
Katanya, serangan tersebut dilakukan pembangkang untuk menyemarak perasaan benci rakyat terhadap kerajaan negeri.
![Dewan Negara lulus Akta Antilompat Parti, lebih dua pertiga sokong Dewan Negara lulus Akta Antilompat Parti, lebih dua pertiga sokong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647849547_TBRAISYATIMjpg.jpg)
Dewan Negara lulus Akta Antilompat Parti, lebih dua pertiga sokong
Jumlah Ahli Dewan Negara yang menyokong ialah seramai 52 orang, sementara tujuh orang lagi tidak hadir.