ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Oktober 2022.
1. DUN Pahang dibubarkan hari ini
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Pahang berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15.
2. DUN Perlis dibubarkan hari ini
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man memaklumkan DUN Perlis dibubarkan setelah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
3. NSRC sebagai pusat setempat tangani kes jenayah penipuan siber dengan segera - Wan Junaidi
Penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) akan membolehkan tindakan bersepadu dan segera bagi menyekat pengaliran dana selanjutnya serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pelaku jenayah siber.
4. PRU15: PN perhalusi kerjasama dengan Pejuang - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) akan mendapatkan pandangan pimpinan parti komponen sebelum memuktamadkan sebarang kerjasama politik baharu.
5. PRU15: Pas tangguh kerjasama dengan BN sebab masih ada 'kekeruhan' - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata antara kekeruhan itu ialah masih terdapat kes melibatkan penerima rasuah yang belum selesai di dalam parti berkenaan.
6. Terima ancaman culik, Puteri Mahkota Belanda dititah 'dikurung' di istana
Puteri Mahkota Belanda, Puteri Catharina-Amalia terpaksa 'dikurung' di istana susulan ancaman penculikan, titah Raja Belanda, Raja Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima.
7. Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 31 Okt
Perbicaraan kes ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi yang dijadualkan hari ini di Mahkamah Majistret di sini ditangguhkan ke 31 Okt.
8. Rosmah beri 127 sebab kenapa hukuman ke atasnya perlu diketepi
Rosmah berkata demikian menerusi surat petisyen rayuan setebal 93 muka surat yang difailkan pada Khamis, menerusi firma guaman Akberdin & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan.
9. PRU15: Mandat rakyat penawar ampuh kestabilan politik - PM
Keputusan membubarkan Parlimen dalam memastikan kestabilan politik yang dibuat baru-baru ini, adalah bagi memulangkan semula mandat kepada rakyat.
10. Ada kerumitan ekstradisi Jho Low - Wan Junaidi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bukan mudah untuk membawa balik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low ke negara ini.
Astro Awani
Fri Oct 14 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Oktober 2022.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Disember 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Disember 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Ogos 2022.