ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 November 2022.


1. Pengundi positif COVID-19 diasingkan, proses mengundi dilakukan cepat - SPR

Mereka yang positif perlu memaklumkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan mengenai status kesihatan sebelum hadir ke pusat mengundi.


2. PRU15: Sarawak umum cuti pada 18 November

Kerajaan Sarawak mengumumkan cuti khas pada 18 November ini sempena berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

3. PRU15: Panglima Tentera Darat puas hati proses undi awal berjalan lancar

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berpuas hati dengan tahap kelancaran proses undian awal membabitkan anggota tentera dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

4. Najib nafi akan dibebaskan jika BN menang PRU15

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan beliau akan segera dibebaskan jika Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

5. PRU15: Ahmad Faizal mengaku beli dua buah bot ketika PKP

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui membeli dua buah bot seperti yang didedahkan sehingga tular di media sosial baru-baru ini.

6. PRU15: Agong akan tentukan siapa PM sekiranya BN menang - Ahmad Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya parti pimpinannya itu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

7. Banjir: Jumlah mangsa di Johor, Selangor, Melaka meningkat

Jumlah mangsa banjir di Johor, Selangor dan Melaka menunjukkan peningkatan manakala di Kelantan dan Perak merekodkan penurunan pada petang ini, berbanding pagi tadi.

8. 13 murid, seorang guru dikejar ke hospital terkena tumpahan merkuri

Seramai 13 murid bersama seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah di Taman Berlian, di sini dikejarkan ke Hospital Kulim selepas terkena tumpahan merkuri yang pecah di makmal sekolah berkenaan, hari ini.

9. Trend diabetes membimbangkan, beban kos rawatan meningkat - KP Kesihatan

Prevalen diabetes di negara ini menunjukkan trend peningkatan yang membimbangkan selain beban kos rawatan penyakit itu yang dijangka terus melonjak.

10. PRU15: Hampir 95 peratus jalankan tanggungjawab undi awal hari ini - SPR

Sejumlah 94.72 peratus atau 212,961 pengundi melibatkan anggota keselamatan dan pasangan telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15, dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, di Sabah hari ini.