Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 17, 2022 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 November 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 November 2022.
1. Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Arahan telah dikeluarkan di setiap negeri menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.
2. Ban pecah, lebih 60 mangsa banjir di Sepang terjejas
Kesemua mereka ditempatkan salah satu daripada dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah itu.
3. PRU15: Calon veteran masih relevan di kawasan tertentu
Calon berusia yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak boleh dianggap sebagai satu kelemahan terhadap sesebuah parti politik malah masih relevan pada sesetengah tempat dan lokaliti.
4. Tidak mustahil Malaysia ke Piala Dunia empat tahun lagi
Kempen Piala Dunia 2022 di Qatar bukan sahaja memberikan keceriaan kepada seluruh penyokong bola sepak global, malah turut membakar semangat barisan pemain skuad Harimau Malaya untuk membawa Malaysia layak ke kejohanan berprestij itu suatu hari nanti.
5. PRU15: Kabinet Bayangan hanya perang psikologi pihak lawan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan sesetengah pihak mengeluarkan Kabinet Bayangan hanyalah satu perang psikologi pihak lawan.
6. PRU15: Ahmad Jazlan kesal fitnah salah guna kedudukan lulus projek bina masjid
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, menafikan menyalah guna kedudukan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk meluluskan projek pembinaan sebuah masjid ketika menjawat jawatan itu.
7. Ibu, bayi 20 hari antara lapan diselamatkan dalam banjir
Seorang ibu yang masih dalam tempoh berpantang dan bayinya yang berusia 20 hari berjaya diselamatkan dalam kejadian banjir yang melanda Taman Dengkil di sini pada Khamis.
8. Aliran trafik masuk ke Kelantan mula sesak
Jumlah kenderaan yang memasuki Kelantan meningkat sekali gus menyebabkan kesesakan hari ini, susulan kepulangan perantau untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.
9. PRU15: PDRM beri jaminan keselamatan hari mengundi Sabtu ini - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggerakkan pelbagai elemen keselamatan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini bagi memastikan ia berjalan lancar.
10. PRU15: 'Nak reform UMNO? Cermin diri dulu' - kata Anwar kepada KJ
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menempelak calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh berhubung kenyataannya berkaitan perubahan atau reform yang akan dilakukan di dalam parti UMNO.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #Astro Awani