PETALING JAYA: Kempen Piala Dunia 2022 di Qatar bukan sahaja memberikan keceriaan kepada seluruh penyokong bola sepak global, malah turut membakar semangat barisan pemain skuad Harimau Malaya untuk membawa Malaysia layak ke kejohanan berprestij itu suatu hari nanti.
Pemain tonggak pertahanan negara Ahmad Khuzaimi Piee dan pemain muda V. Ruventhiran masing-masing percaya bukan mustahil untuk skuad Harimau Malaya beraksi di kejohanan berprestij itu selepas Malaysia menunjukkan peningkatan prestasi sejak dibimbing Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon.
Ahmad Khuzaimi yang beraksi bersama Negeri Sembilan FC berkata sekiranya rezeki berpihak kepada pasukan negara, Malaysia akan dapat beraksi di Piala Dunia 2026 sekali gus mencipta sejarah baharu dalam arena bola sepak negara.
"Bagi saya (soal) rezeki kita tak boleh nak jangka, mungkin empat tahun akan datang Malaysia layak ke Piala Dunia kita tak tahu. Saya harap komitmen pemain yang dipanggil untuk mewakili negara dapat membantu mencipta sesuatu untuk negara dan peminat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berapa lama lagi perlu menunggu untuk melihat Malaysia akhirnya membuat kemunculan sulung di Piala Dunia, pada majlis pelancaran jersi baharu skuad Harimau Malaya di sini, hari ini.
Pada masa sama, Ruventhiran yang beraksi buat pasukan Petaling Jaya (PJ) City FC ketika diajukan soalan yang sama, turut percaya Malaysia akan beraksi di Piala Dunia tidak lama lagi.
"Tak lama lagi, sudah dekat (layak ke Piala Dunia)...kami percaya pada jurulatih sebagaimana kami percaya pada diri sendiri...kita pastikan dapat membanggakan negara, suatu hari nanti," kata pemain berusia 21 tahun itu yang meraih 'cap' antarabangsa pertama menentang Brunei Mei lepas sebelum berada dalam pasukan negara yang mencipta sejarah layak ke Piala Asia 2023 sebulan kemudian.
Sementara itu, penjaga gol skuad kebangsaan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed turut senada dengan kedua-dua rakan sepasukannya itu sambil menyifatkan sebagai pemain, mereka akan sentiasa berusaha keras mengharumkan nama negara di peringkat tertinggi.
Keyakinan ketiga-tiga pemain negara itu tidak mengejutkan kerana Pan Gon pada sidang media pertamanya sebagai pengendali skuad kebangsaan pada Februari lepas, turut menyasarkan untuk membantu membawa Malaysia layak ke Piala Dunia suatu hari nanti.
Peluang Malaysia layak ke Piala Dunia kini semakin terbuka selepas rantau Asia diberikan sehingga sembilan slot pada penganjuran Piala Dunia 2026 yang buat kali pertama bakal menampilkan penyertaan sebanyak 48 pasukan berbanding 32 ketika ini.
Sebagai rekod, skuad bimbingan Pan Gon mencipta sejarah menamatkan penantian 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia Jun lepas, namun sehingga kini Malaysia belum pernah beraksi di Piala Dunia sejak edisi sulung pada 1930 di Uruguay selepas sering terkandas di pusingan kelayakan.
Piala Dunia di Qatar bakal berlangsung dari 20 November sehingga 18 Disember ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 17 2022

Ahmad Khuzaimi (kiri) dan V. Ruventhiran masing-masing percaya bukan mustahil untuk skuad Harimau Malaya beraksi di kejohanan berprestij itu. - Instagram/Ahmad Khuzaimi Piee & Ruventhiran Vengede

Jepun rancang benarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun peroleh pemastautin tetap
Jepun sedang menimbang untuk menyemak semula peraturan imigresennya bagi membenarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun memperoleh taraf pemastautin tetap.

Video wanita Malaysia hilang di Thailand mengatakan dia selamat dan sihat
Kelibat wanita dipercayai warga Malaysia yang dilaporkan hilang di daerah Mae Sai di wilayah Chiang Rai dilihat muncul dalam tiga video, membuktikan dia berada dalam keadaan yang 'selamat dan sihat'.

Madah Iban 'Segulai Sejalai' jadi motto perpaduan Perdana Menteri
Perdana Menteri mahu menyelaraskan penggunaan slogan Segulai Sejalai di seluruh negara selari dengan usaha memperkasakan semangat perpaduan antara kaum.

DNA UMNO tetap perjuangkan Melayu, Islam, tidak akan kendur - Tok Mat
UMNO akan memperjuangkan Islam dan Melayu, dalam kerangka hubbul watan yang lebih sederhana, dan lebih menghargai kepelbagaian Malaysia.

Perlu ada perjanjian khusus bagi perolehan darurat KKM - Lukanisman
Ia bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan dan menyediakan peralatan yang mengikut piawaian.

Meskipun dibantah, Jepun tetap teruskan rancangan untuk lepaskan sisa nuklear ke laut
Rancangan itu telah mencetuskan bantahan kedutaan China di Tokyo selain daripada komuniti nelayan tempatan dan negara jiran.

Isteri halang saya naiki pesawat ujian SAF - Abang Johari
Abang Johari berkata isterinya berusaha memujuk agar beliau tidak meneruskan hasrat untuk mengikuti penerbangan ujian pesawat Airbus itu.

UMNO harus terima, hidup dengan kenyataan tewas dahsyat dalam PRU15 - Mohamad
UMNO juga tidak boleh berlagak seolah-olah parti itu keramat dan sangat kukuh sedangkan ditolak oleh rakyat Malaysia.

Gadis buta ini peroleh 'Golden Buzzer', tawan hati juri America's Got Talent
"Impian saya ingin menjadi seorang diva seperti Whitney Houston dan memenangi anugerah Grammy."

Gempa bumi lemah di Semporna, Sabah
Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.6 melanda Semporna, Sabah pada 7.39 malam tadi.

Video wanita Malaysia hilang di Thailand mengatakan dia selamat dan sihat
Kelibat wanita dipercayai warga Malaysia yang dilaporkan hilang di daerah Mae Sai di wilayah Chiang Rai dilihat muncul dalam tiga video, membuktikan dia berada dalam keadaan yang 'selamat dan sihat'.

Teknologi awan, pusat data main peranan besar dalam Digital Malaysia - Fahmi
Teknologi awan dan pusat data adalah perkara asas untuk mencapai sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK pada 2025.

KBS umum 16 anggota baharu PSM sesi 2023/2025
Pelantikan keanggotaan baharu itu dilakukan bagi memastikan hala tuju PSM dalam pengurusan fasiliti yang berdaya mampan.

Polis Thailand bantu kesan wanita Malaysia hilang - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Polis Thailand bagi mengesan rakyat Malaysia, Chong Sum Yee, 22, yang hilang di Chiang Mai, Thailand sejak 1 Jun lepas.

13 kontena terbakar di Pelabuhan Klang
Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Tuntutan Sulu: Kerajaan ambil segala tindakan pertahan kedaulatan negara - Azalina
Kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiaya litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Dewan Rakyat: Syarat program MM2H diperketat, elak pengintipan - Saifuddin Nasution
Kerajaan mengetatkan syarat program Malaysia My Second Home (MM2H) termasuk meningkatkan nilai aset cair kepada RM1.5 juta.

'Sedia disiasat, ada dokumen satu beg saya bawa' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedia disiasat dan akan menyerahkan segala dokumen berkaitan kenyataannya berhubung isu Pulau Pinang milik Kedah kepada polis.

CDM puji atlet 'luar biasa' di Kemboja capai sasaran emas
Kredit harus diberikan kepada barisan atlet dan jurulatih yang telah berpenat lelah menjalani latihan tanpa jemu.