Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 20, 2022 15:59 MYT
November 20, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 20 November 2022.
1. PRU15: Terima kunjungan Abang Jo, Muhyiddin yakin kerajaan Persekutuan dibentuk dalam masa terdekat
Perikatan Nasional (PN) hari ini menerima kunjungan daripada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 memberikan isyarat jelas bahawa sebahagian besar rakyat negara kini menolak UMNO, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Khairy Jamaluddin yang dilihat sebagai berprofil tinggi mewakili Barisan Nasional (BN) dalam PRU15 mengambil sikap berjiwa besar menerima kekalahannya di kerusi Parlimen Sungai Buloh semalam.
Astro AWANI menafikan penularan mesej yang mendakwa Yang di-Pertuan menitahkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri baharu.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melantik Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Shahril Hamdan berkuatkuasa, hari ini.
Khairy Jamaludin menyuarakan sokongan terhadap gesaan supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan yang dilakukan oleh bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mengesahkan perbincangan untuk membentuk kerajaan oleh gabungan itu tidak melibatkan Pakatan Harapan (PH).
Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee mendakwa Perikatan Nasional (PN) mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kediaman peribadi Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin terus meriah dengan kedatangan pemimpin kanan parti komponen itu sejak semalam.
Istana Negara telah menerima keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung semalam (19 November 2022), daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 1.15 petang, hari ini.