KUALA LUMPUR: Kediaman peribadi Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin terus meriah dengan kedatangan pemimpin kanan parti komponen itu sejak semalam.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat meninggalkan kediaman bekas Perdana Menteri itu di Bukit Damansara di sini kira-kira jam 4.30 petang.

Laporan itu menyebut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu turut melambaikan tangan kepada petugas media yang menanti di luar kediaman Muhyiddin.

Bagaimanapun Sinar Harian menyebut, pihak media untuk mendapatkan maklum balas pemimpin nombor satu Pas itu bagaimanapun tidak berjaya apabila kenderaan berwarna hitam yang membawa Abdul Hadi itu berlalu pergi.

Turut kelihatan Menteri Besar Kedah yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Sanusi Mohd Nor meninggalkan kediaman Muhyiddin.

Dalam pada itu Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, memberitahu media bahawa PN sudah mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, termasuk daripada Barisan Nasional (BN).

Teck Lee bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada Barisan Nasional menyokong secara en bloc atau hanya melibatkan segelintir pemimpin sahaja.

“Memang banyak Ahli-ahli Parlimen daripada pelbagai parti, termasuk Barisan Nasional. Kedudukan PN itu seperti yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin semalam,” katanya ringkas.

IKUTI KEPUTUSAN PENUH PRU15 DI SINI