awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Mesej Agong titah Anwar diangkat sebagai PM baharu adalah palsu

Astro Awani
Astro Awani
20/11/2022
04:43 MYT
PRU15: Mesej Agong titah Anwar diangkat sebagai PM baharu adalah palsu
Astro AWANI menafikan penularan mesej yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR: Astro AWANI menafikan penularan mesej yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri baharu susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.
Mesej yang ditularkan itu merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan tiada sebarang kaitan dengan pungutan suara yang dibuat oleh Astro AWANI menerusi capaian undi.astroawani.com sempena PRU15.
Sehubungan itu, semua pihak diminta agar tidak terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej palsu yang disebarkan golongan tidak bertanggungjawab.
Pungutan suara #SuaraMalaysia itu mula dilancarkan Astro AWANI pada 17 Oktober lalu.
Soalan-soalan yang dikemukakan diakses melalui imbasan kod di Saluran 501, platform digital dan media sosial Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#PRU15
#mesej palsu
#Yang di-Pertuan Agong
#Astro Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan