awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: "Takkan pemimpin kanan lain tengok saja?" - KJ persoal pendirian pemimpin kanan UMNO

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/11/2022
09:08 MYT
PRU15: "Takkan pemimpin kanan lain tengok saja?" - KJ persoal pendirian pemimpin kanan UMNO
Khairy mempersoal pendirian pemimpin-pemimpin kanan UMNO dalam gelombang mendesak Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan berikutan prestasi buruk Barisan Nasional dalam PRU15.
KUALA LUMPUR: Khairy Jamaludin menyuarakan sokongan terhadap gesaan supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan yang dilakukan oleh bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Khairy yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Parlimen Sungai Buloh berkata, Shahril dan Onn Hafiz telah melakukan perkara yang betul.
"Sekarang, pemimpin kanan perlu ikut. Takkan tengok saja? Menang sorak di WTC (World Trade Centre), negara tergadai," katanya dalam satu muat naik di Instagram, pada Ahad.
Pada Ahad, Shahril Hamdan mengumumkan meletak jawatan Ketua Penerangan UMNO dan mendesak Ahmad Zahid berundur secara terhormat susulan prestasi buruk parti pada PRU15 semalam.
Nada sama dilontarkan Onn Hafiz yang turut menggesa Ahmad Zahid mengundurkan diri dengan segera sebagai tanggungjawab atas kekalahan BN dan UMNO yang mencatat prestasi terburuk pada PRU15.
Dalam keputusan PRU15 yang diumumkan sehingga awal pagi tadi BN dilaporkan hanya memenangi 30 kerusi Parlimen, jumlah kerusi lebih rendah berbanding dicapai mereka pada PRU14.
Pada PRU14, UMNO menang di 54 kerusi Parlimen.
Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beberapa kerusi yang dimenangi UMNO dalam PRU14 lalu, tewas dan beralih ke Perikatan Nasional (PN).
Topic Berkaitan
#PRU15
#Zahid didesak letak jawatan
#Khairy Jamaluddin
#Shahril Sufian Hamdan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan