ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 November 2022.
1. Penjawat awam Kelantan terima bantuan khas kewangan RM1,500
Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam di negeri itu.
2. Anak Syed Mokhtar Al-Bukhary lepaskan jawatan Lembaga Pengarah Pos Malaysia
Pos Malaysia Berhad mengumumkan peletakan jawatan Sharifah Sofia Syed Mokhtar Shah sebagai Pengarah Bukan Eksekutifnya berkuat kuasa 20 Disember 2022.
3. Kes demam denggi di Ipoh meningkat 191 peratus, 1 kematian dilaporkan
Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merekodkan peningkatan sebanyak 486 kes sehingga 26 November lalu (Minggu Epid: 47) dengan satu kes kematian dilaporkan.
4. 'Dia dah buka mata, mulai sedar, tapi...' - Ungku Ismail kongsi keadaan terkini Nad Zainal
Pelakon Ungku Ismail berkongsi perkembangan terkini Nad Zainal yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) KPJ Ampang Puteri sejak minggu lalu.
5. Warga emas didakwa tembak kucing jiran sampai mati
Tindakan seorang warga emas menembak seekor kucing milik jirannya sehingga mati, membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini.
6. Penganggur didakwa bunuh anak tiri
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak tirinya berusia 11 tahun, minggu lepas.
7. Tabung Haji yakin raih keuntungan kompetitif tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) yakin mampu mencatatkan keuntungan yang kompetitif dan berharap dapat membayar hibah atau dividen kepada pendepositnya bagi tahun kewangan 2022 meskipun berdepan tahun mencabar.
8. Tuanku Muhriz cadang PM tidak lagi terbabit lantik ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Titah baginda, pada masa kini, empat ahli JAC merupakan hakim yang sedang memegang jawatan terkanan manakala lima lagi ahlinya merupakan individu dilantik oleh Perdana Menteri.
9. Hujan lebat: Beberapa jalan di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat
Beberapa jalan utama di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat selama kira-kira sejam sejak pukul 3 petang tadi.
10. 'Musim sejuk' di Malaysia hingga Februari
'Bahang' Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 Nov lepas beransur hilang dan kini diganti dengan cuaca nyaman dan dingin apabila purata suhu harian negara dilaporkan antara 22 hingga 30 darjah Celsius.
Astro Awani
Wed Nov 30 2022

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 November 2022.

Anugerah Grammy 2023 | Harry Styles rangkul Album Terbaik menerusi 'Harry's House'
Anugerah Grammy 2023 melabuhkan tirainya dengan menyaksikan bintang terkemuka, Harry Styles merangkul anugerah Album Terbaik menerusi album Harry's House.

KKM | Kertas Putih Kesihatan dalam fasa akhir disiapkan
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam fasa akhir menyediakan kertas putih membabitkan dasar asas baharu kepada sektor perkhidmatan kesihatan negara.

Gempa Bumi | Pelbagai negara tawar bantuan ke Turkiye, Syria
Beberapa negara telah menyatakan kesediaan untuk menghantar pasukan mencari dan menyelamat bagi menangani kesan gempa bumi itu.

Gempa Bumi | Banyak NGO hubungi Wisma Putra untuk bantu Turkiye
Zambry juga memaklumkan beliau menerima banyak panggilan daripada masyarakat yang mahu sama-sama terbang ke Turkiye, membantu rakyat di sana.

Gempa Bumi | Malaysia hantar Pasukan SMART, fokus operasi mencari, menyelamat
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang disertai seramai 70 anggota dan empat anjing pengesan k9 dihantar Turkiye pada Isnin.

Gempa Bumi | 12 rakyat Malaysia selamat, berjaya dihubungi
Semua 12 rakyat Malaysia yang berada di kawasan gempa bumi di Turkiye dan sekitarnya berjaya dihubungi dan mereka kini berada dalam keadaan selamat.

Gempa Bumi | Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada kerajaan Turkiye dan Syria serta rakyatnya berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan.

Gempa Bumi | Situasi semasa gempa bumi di Turkiye
Untuk mendapatkan perkembangan dan situasi pelajar di Turkiye. Langsung pada ketika ini Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT), Muhammad Adib Nor Azman.

10 Berita Pilihan - (06 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa Bumi | Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye sahkan mereka selamat
Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye (MASAT) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Februari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Januari 2023.