ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Disember 2022.


1. [LAPOR LANGSUNG] PRU15 Padang Serai, Tioman berlangsung hari ini

Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 Parlimen Padang Serai di Kedah dan Dewan Undangan Negeri Tioman di Pahang bermula secara rasmi pada 8 pagi ini, melibatkan sejumlah 161,063 pengundi. 



2. Penetapan harga minyak masak dua peringkat sedang diusahakan - Salahuddin

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata usaha untuk melaksanakan penetapan harga minyak masa secara dua peringkat sudah dimulakan.


3. Laksana semula cukai 'durian runtuh' - Pakar ekonomi

Cukai khusus yang dikenakan ke atas syarikat yang memperoleh keuntungan luar biasa wajar dilaksanakan semula, kata pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram.


4. PU Azman didakwa lagi, hadapi empat tuduhan jenayah seksual terhadap tiga remaja

Pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman dihadapkan ke dua mahkamah di sini hari ini, atas empat pertuduhan jenayah seksual membabitkan tiga remaja lelaki antara Februari hingga Ogos lepas.


5. Belasah isteri, anak kerana tidak dibelikan rokok, penganggur dipenjara 9 tahun

Tindakan seorang penganggur yang berang apabila isterinya gagal membelikan rokok sehingga tergamak mencederakan wanita itu serta dua anaknya membawa padah, apabila dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun.
 

6. 2,113 kandungan video di TikTok disekat sebelum dan pasca PRU15 - Fahmi Fadzil

Sebanyak 2,113 kandungan video di aplikasi media sosial TikTok telah disekat secara automatik kerana didapati melanggar Garis Panduan Komuniti platform media sosial tersebut.


7. Beri dana bukan penyelesaian, hapuskan kartel padi - Sanusi

Peruntukan RM10 juta untuk tahun ini dan RM50 juta pada tahun hadapan kepada pesawah miskin oleh tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak dapat menyelesaikan masalah kemiskinan petani.


8. 'Pendedahan Anwar tidak benar, saya bukan tuan punya Bernas' - Shahidan

Pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan pemilikan saham Padiberas Nasional Berhad (Bernas) RM400 juta disifatkan tidak benar.

9. PRU15: PN rampas Padang Serai daripada PH, catat kemenangan majoriti besar

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Perikatan Nasional (PN), Azman Nasrudin, menang besar di Parlimen Padang Serai dengan majoriti 16,260 undi.

10. PRU15: BN menang tipis di DUN Tioman

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussain menang tipis dengan majoriti 573 undi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.