ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Disember 2022.

1. Kanak-kanak mati didera lima rakan kakak

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai selepas didera lima rakan kakaknya di sebuah rumah di Senggarang, Batu Pahat pada Jumaat.

2. Malaysia selangkah menuju fasa endemik COVID-19

Tempoh 2022 disifatkan ramai sebagai tahun lembaran baharu bagi Malaysia, apabila berada dalam peringkat peralihan pandemik COVID-19 ke endemik yang diumumkan pada 1 April lepas, setelah dua tahun bergelut dengan 'pembunuh senyap' itu.

3. Penerbangan tergendala akibat cuaca buruk, Batik Air mohon maaf kepada pelanggan

Dua penerbangan Batik Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kuching, Sarawak dan Trichy, India pada 22 Disember lepas, terganggu akibat perubahan cuaca dan masalah teknikal pada pesawat.

4. SM Faisal, Caprice bincang selesai kes saman - Peguam

Pihak-pihak dalam kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap Caprice sedang berusaha menyelesaikan kes itu secara baik sebelum perbicaraan bermula pada 4 Okt 2023 di Mahkamah Sesyen di sini.

5. PBM pecat Zuraida, 10 pemimpin lain

Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengumumkan memecat 11 pemimpinnya termasuk Datuk Zuraida Kamaruddin yang dicanangkan sebagai bakal presiden parti itu sebelum ini.

6. Pelaksanaan PGM untuk majikan gajikan kurang lima pekerja ditangguhkan kepada Julai 2023

Pelaksanaan kuat kuasa Perintah Gaji Minimum (PGM) bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja ditangguhkan daripada 1 Jan 2023 kepada 1 Julai 2023, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

7. Dua kakitangan SUK Pahang ditahan 'jual' pingat kebesaran

Dua kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang ditahan dipercayai menyalahgunakan nombor pengenalan pekerjaan bagi memasukkan senarai nama individu yang ditawarkan gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ secara tidak sah.

8. Gagal elak kereta punca kemalangan 5 'superbike' di Lebuhraya KL-Karak

Tidak sempat mengelak kereta bertukar lorong dipercayai punca kemalangan melibatkan lima buah motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 26.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, di sini pada Selasa.

9. Akta Kerja: Jangan tergesa-gesa, bincang dengan pemegang taruh - Ameer Ali Mydin

Datuk Ameer Ali Mydin berkata, kerajaan harus turun berbincang dengan pemegang taruh terlebih dahulu dan memantau perkembangan sebelum membuat keputusan untuk melaksanakan pindaan berkenaan secara total.

10. Kementerian sedia bekerjasama jika penjualan saham Menara KL disiasat - Fahmi Fadzil

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memantau rapat isu penjualan saham Menara Kuala Lumpur dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh jika pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu tersebut.