ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Januari 2023.

1. Kabinet Sabah: GRS, BN, PH bentuk kerajaan, rombakan demi kestabilan - Hajiji 

Rombakan kabinet adalah sesuatu yang perlu dan bertujuan mengukuhkan kerajaan negeri Sabah, serta memastikan satu pentadbiran inklusif yang kuat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

2. Michelle Yeoh menang Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe Awards

Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah gemilang buat negara apabila muncul sebagai pelakon Malaysia pertama yang ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/ Komedi di acara Golden Globe Awards.

3. Kabinet Sabah: Pelantikan TKM, menteri bukan wakil UMNO - Bung Moktar

Dua pelantikan portfolio menteri baharu termasuk Timbalan Ketua Menteri, didakwa tidak mewakili UMNO dan tidak diiktiraf oleh UMNO Sabah.

4. Jemaah Menteri setuju RCI ditubuh siasat buku Tommy Thomas

Jemaah Menteri bersetuju mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

5. Hidup bermadu hampir 30 tahun, Zarina minta izin kahwin suaminya dengan isteri pertama

Selepas beberapa isu melibatkan rumah tangga selebriti menjadi perbualan ramai, pelakon Zarina Zainuddin pula mendedahkan pengalamannya bergelar isteri kedua kepada Datuk Seri Raihan Wan Jaafar selama 29 tahun.

6. Tular: Polis buka kertas siasatan video rakaman kamera tersembunyi bilik persalinan

Polis membuka kertas siasatan berhubung rakaman video daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat beli-belah di ibu negara yang tular, baru-baru ini.

7. Liu Ying gantung raket, ucap selamat tinggal kepada peminat

Pemain beregu campuran profesional negara Goh Liu Ying, menamatkan kariernya selaku pemain selepas berkecimpung dalam badminton seawal usia 13 tahun.

8. PAU2022: Ahli UMNO diajak bina semula parti selepas rebah PRU15 - Ahmad Zahid

Pesiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengajak ahli parti itu untuk bersama-sama membina semula gerakan parti, selepas keputusan hambar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas.

9. PAU2022: UMNO sertai Kerajaan Perpaduan kerana mengutamakan Malaysia - Tok Mat

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, keputusan itu adalah kerana UMNO memilih untuk mengutamakan Malaysia.

10. 140 Ketua Bahagian UMNO sokong jawatan presiden, timbalan presiden tidak dipertandingkan

Seramai 140 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara hari ini menyatakan solidariti agar jawatan presiden yang kini disandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak dipertandingkan pada pemilihan Perhimpunan Agung UMNO yang dijangka Mei nanti.