awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah Menteri setuju RCI ditubuh siasat buku Tommy Thomas

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2023
12:07 MYT
Jemaah Menteri setuju RCI ditubuh siasat buku Tommy Thomas
Menurut Azalina, RCI ini bertujuan untuk mencari kebenaran serta mengemukakan syor kepada kerajaan untuk reformasi institusi perundangan negara dan bukannya untuk mencari kesalahan mana-mana pihak tertentu. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri bersetuju mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan berkata, RCI ini bertujuan untuk mencari kebenaran serta mengemukakan syor kepada kerajaan untuk reformasi institusi perundangan negara dan bukannya untuk mencari kesalahan mana-mana pihak tertentu.
“Penubuhan RCI ini adalah selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) yang terletak di bawah bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“Kerajaan memandang serius terhadap dakwaan yang melibatkan pelanggaran tanggungjawab profesional suatu jawatan tertinggi.
“Hal ini kerana ketelusan dan akauntabiliti adalah asas kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran keadilan (administration of justice) dan institusi kerajaan,” jelasnya.
BACA: Buku Tommy Thomas satu nukilan 'balas dendam' - Syed Ali
BACA: PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan buku Tommy Thomas
Untuk itu, tambah Azalina, cadangan Terma Tauliah (Terms of Commission) RCI ini akan mempunyai skop yang lebih luas dan tidak terhad kepada syor-syor yang telah dikemukakan oleh Pasukan Petugas Khas (PPK).
Azalina turut memaklumkan, Terma Tauliah yang terperinci, keahlian dan tempoh RCI ini akan dicadangkan kemudian oleh kerajaan.
Ia merupakan syor yang dicadangkan oleh Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Fong Joo Chung dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#RCI
#Tommy Thomas
#Memoir Tommy Thomas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan