MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Januari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Januari 2023.
Wakil kepada calon Barisan Nasional, Tengku Razaleigh Hamzah, memfailkan petisyen mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Gua Musang di Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, baru-baru ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan sama ada dua jawatan tertinggi parti itu perlu dipertandingkan atau tidak pada pemilihan nanti, yang perlu diadakan sebelum 19 Mei ini.
Situasi semasa kes COVID-19 dalam negara masih terkawal dan setakat ini tidak memerlukan kerajaan mengambil langkah sehingga menutup sepenuhnya pintu sempadan negara, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Anwar berharap pencapaian Michelle Yeoh itu memberi inspirasi kepada budayawan dan seniman tempatan untuk terus berkarya dan mencambah bakat kreatif lagi berkualiti.
UMNO Sabah menegaskan pergolakan politik yang berlaku di negeri itu masih belum selesai meskipun Kabinet baharu telah dibentuk.
Penetapan harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam standard di pasaran akan dikaji semula bagi memastikan rakyat mendapat sumber protein itu pada harga yang lebih stabil.
Bekas Naib Presiden UMNO itu, bagaimanapun tidak memperincikan jawatan yang akan direbut oleh beliau.
Barisan Nasional (BN) mengesahkan telah memfailkan petisyen di beberapa kerusi bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Ab Samad membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas atas dakwaan salah guna kuasa.
Suasana ketenangan yang diidamkan oleh penggemar rumah Inap di Sungai Tua, Ulu Yam, didakwa seakan 'dirobek' susulan pelaksanaan projek pembinaan terowong Laluan Rel Pantai Timur atau ECRL.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami