ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Januari 2023.
1. Anwar mahu penjawat awam buat teguran terhadap pelanggaran undang-undang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata warga perkhidmatan awam wajar membuat teguran terhadap Kerajaan Perpaduan yang didapati melanggar tindakan undang-undang.
2. Jangan amal budaya selesa, tekad laksana perubahan untuk negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Jemaah Menteri dan warga perkhidmatan awam tidak mengamalkan budaya selesa sebaliknya bertekad untuk terus melaksanakan perubahan dalam pentadbiran negara.
3. Kes Yayasan Akalbudi: Prosiding bela diri Zahid Hamidi disambung April
Perbicaraan membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berhubung dakwaan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur disambung ke 10 April depan.
4. "Cukuplah sembilan tahun menjadi isteri Syamsul Yusof" - Puteri Sarah
Selepas sembilan tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, akhirnya memfailkan penceraian terhadap suaminya, pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof.
5. Segera daftar di Malaysia selepas bernikah di Thailand
Mana-mana rakyat Malaysia yang berkahwin di selatan Thailand diingatkan supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan mereka apabila kembali ke tanah air.
6. 8.7 juta rakyat terima bantuan kewangan bermula esok - PM
Kerajaan memutuskan bantuan kewangan tunai di bawah Kementerian Kewangan (MOF) untuk golongan B40 yang dijadualkan pada Mac diawalkan pemberiannya kepada Selasa, 17 Januari 2023.
7. Tiga peguam tarik diri, prosiding bela diri Siti Bainun ditangguh lagi
Prosiding bela diri pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin ditangguhkan ke esok selepas tiga peguam yang mewakilinya menarik diri.
8. Import telur dari India hanya sementara, bukan kekal - Mohamad Sabu
Tindakan kerajaan mengambil keputusan mengimport telur ayam dari India hanya untuk memenuhi keperluan bekalan di negara ini untuk jangka masa krisis.
9. Butir matan palsu: Tiga termasuk dua pegawai penguat kuasa ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengawai penguat kuasa sebuah agensi dan seorang pengurus syarikat swasta kerana dipercayai menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi kerja-kerja perkhidmatan dan pembaikan bangunan di sebuah daerah di Sarawak pada tahun 2019.
10. Wang bantuan persekolahan RM109,000 hilang sekelip mata dicuri
Seorang lelaki berusia 50 tahun yang juga pengetua di sebuah sekolah di Semenyih berputih mata selepas Wang Bantuan Persekolahan berjumlah RM109,000 yang dikeluarkannya dari sebuah mesin wang tunai ATM dicuri pada Isnin.
Astro Awani
Mon Jan 16 2023
Berikut antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Januari 2023.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.