KUALA LUMPUR: Perbicaraan membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berhubung dakwaan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur disambung ke 10 April depan.
Sebelum ini, perbicaraan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dijadual diadakan dari 16 Januari hingga 19 Januari 2023 namun mahkamah pada Isnin menetapkan tarikhnya dijadualkan semula kepada April nanti.
Ketua pendakwa raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan dan pihak pembelaan juga bersetuju mengenai tarikh perbicaraan tambahan untuk perbicaraan dari Jun hingga Ogos.
BACA: Zahid tarik balik rayuan dapatkan rakaman percakapan saksi daripada SPRM
Beliau menyenaraikan tarikh perbicaraan tambahan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu 12 Jun hingga 15 Jun, 24 Julai hingga 27 Julai, 1 hingga 3 Ogos, 7 hingga 10 Ogos dan 21 hingga 24 Ogos 2023.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah mengambil maklum tarikh perbicaraan tambahan itu dan berkata tarikh perbicaraan yang dijadualkan sebelum ini pada April akan dikekalkan.
Pada 2 November 2022, Mahkamah Tinggi telah menetapkan 21 tarikh bagi perbicaraan tambahan dari Januari hingga Mei (16 hingga 19 Januari, 30 hingga 31 Januari, 7 hingga 9 Februari, 27 hingga 30 Mac, 10 hingga 13 April, dan 15 hingga 18 Mei).
Tarikh itu adalah bagi menggantikan tarikh perbicaraan yang dibatalkan atau dikosongkan pada November 2022.
Bagaimanapun, difahamkan bahawa tarikh perbicaraan dari Januari hingga Mac tahun ini juga telah dikosongkan dan tidak lagi terpakai.
Berikutan sebutan pada Isnin, perbicaraan Zahid akan disambung semula pada 10 April hingga 13 April, 15 Mei hingga 18 Mei, serta tarikh perbicaraan tambahan Jun hingga Ogos.
Kali terakhir kes Zahid dipanggil di Mahkamah Tinggi adalah pada 2 November 2022, apabila perbicaraan ditetapkan untuk diteruskan dengan saksi pembelaan memberi keterangan bagi pihak Zahid.
Begitupun, perbicaraan tidak berlangsung pada 2 November atau tarikh perbicaraan yang selebihnya pada 2022 iaitu 3, 9 dan 10 November kerana saksi sakit dan ketika itu Zahid sedang meneruskan rayuan untuk didengar pada 14 November oleh Mahkamah Rayuan.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Ridauddin Daud
Mon Jan 16 2023

Prosiding bela diri kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disambung 10 April depan. - Gambar fail

Cabaran getir buat skuad badminton negara dalam Piala Sudirman
Malaysia dijangka berdepan laluan sukar pada Kejohanan Piala Sudirman yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei di Suzhou, China.

Warga emas parah rumah dirempuh MPV meninggal dunia
Mangsa, Rahimah Abdul Majid, 82, meninggal dunia pada jam 10.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Piala Sudirman: Malaysia berentap dengan Taiwan, India di peringkat kumpulan
Skuad badminton negara akan berdepan cabaran sengit Taiwan dan India dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada Mei depan.

Bakal jemaah Haji berpeluang dapatkan Pakej Rahmah
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diberikan lesen oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Malaysia terbuka untuk perbincangan semula pembinaan
Malaysia terbuka untuk mengadakan perbincangan semula berhubung pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang sebelum ini dihentikan.

Status pemulihan air di mencapai 25.5 peratus
Susulan gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam. Air Selangor memaklumkan, sehingga pukul 12 tengah hari Sabtu, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 25.5 peratus

Ditegur baca doa laju, lelaki bertindak pukul bapa
Seorang lelaki diberkas selepas memukul bapanya menggunakan kerusi ketika berbuka puasa dalam kejadian di sebuah rumah di sini pada Jumaat. Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Fokus Minggu Depan: Untung nasib peniaga di bulan Ramadan
Fareez Azman, Wartawan Astro AWANI

Wanita mohon maaf rempuh enam gerai bazar Ramadan
Kejadian lebih kurang jam 10 pagi itu berlaku ketika dia hendak meletakkan kenderaannya di situ susulan kedai sewanya berhampiran lokasi tersebut.

Pengurusan kes Bung Moktar, Zizie Izette ditetapkan 22 Mei
Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh pendengaran rayuan Bung Moktar dan isteri Zizie Izette terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengetepikan permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Sesyen.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan
Muhyiddin didakwa atas enam pertuduhan membabitkan empat pertuduhan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram.

Hakim baharu dengar bicara kes Najib ubah wang SRC RM27 juta
Hakim K.Muniandy menggantikan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan.

Jana Wibawa: Pengarah syarikat didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta
Pengarah syarikat perabot di Pagoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas sembilan pertuduhan rasuah berhubung program Jana Wibawa.

Kes SRC: Hak Najib dinafikan, peguam sekadar 'hiasan' - Shafee
Keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan permohonan peguam Najib untuk menangguh pendengaran rayuan kes SRC disifatkan sebagai menafikan haknya untuk mendapatkan keadilan.

Tiga pengarah syarikat ditahan bantu siasatan kes rasuah RM15 juta
Ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun berkenaan ditahan kira-kira 8.30 malam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.

'Saksi sama beri keterangan berbeza' - Peguam Guan Eng
Wang RM2 juta dirujuk dengan nama kod 'coklat' yang didakwa dibayar kepada Guan Eng sebenarnya diberikan kepada pihak ketiga, kata Gobind.

Permohonan Najib ketepi injuksi kes saman 1MDB didengar 26 Mei
Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad turut menetapkan tarikh sama untuk pendengaran permohonan inter-parte bagi injunksi mareva.

Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport
Selaras peruntukan undang-undang, mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh.

Ya, saya gagal kendali akaun Najib, kata bekas pegawai bank
Joanna Yu Ging Ping mengaku tidak mendapatkan kebenaran bertulis sebelum berurusan dengan Jho Low.