ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Februari 2023.

1. AS akui Sime Darby Plantation tidak guna buruh paksa

Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Khamis, produk minyak sawit buatan Sime Darby Plantation (SDP) tidak dihasilkan dengan mengguna pakai tenaga buruh paksa.

2. Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali

Buat pertama kali dalam sejarah, Menteri Kesihatan Malaysia mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.

3. Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan semula pasport peribadi secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi di luar negara.

4. Penempatan haram di Nilai Spring ada kemudahan kedai runcit, sekolah - JIM

Penempatan haram warga asing di Nilai Spring, di sini yang diserbu Jabatan Imigresen Malayia (JIM) Negeri Sembilan pada Rabu dipercayai mempunyai kemudahan lain seperti kedai runcit dan sekolah.

5. Demam Babi Afrika merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, 62,197 babi dijangkiti

Tiga lagi ladang babi di Pulau Pinang merekodkan kes baharu jangkitan penyakit demam babi Afrika atau 'African swine fever' (ASF), menjadikan jumlah keseluruhan ladang terkesan wabak di negeri itu sebanyak 27 ladang.

6. Wanita terperangkap 30 minit dalam lumpur ketika mencari siput

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila hampir 30 minit terperangkap di dalam lumpur ketika mencari siput di Pantai Titi Lagun, di Langkawi, hari ini.

7. Bas percuma ke Parlimen untuk Ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan wartawan - Loke

Bas pengantara percuma antara KL Sentral ke bangunan Parlimen akan disediakan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

8.  Penjualan mercun, bunga api akan dibenarkan - Nga Kor Ming

Aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi, tertakluk kepada peraturan serta garis panduan baharu yang akan dikeluarkan.

9. Fatwa tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor - Sultan Ibrahim

Sultan Johor bertitah, fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berkenaan garis panduan umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor.

10. PRN: UMNO Selangor sudah muktamadkan kerusi yang bakal ditandingi - Megat Zulkarnain

UMNO Selangor sudah pun memuktamadkan jumlah kerusi dan kawasan yang ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada Jun nanti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.