Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Februari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Februari 2023.
Pasukan MAS-01 SMART menemukan enam mayat mangsa gempa bumi di sebuah bangunan hotel dan kediaman tujuh tingkat yang runtuh sepenuhnya di Nurdagi, Gaziantep, pada Jumaat.
2. Tiada cadangan pengeluaran KWSP dikemuka dalam sesi dialog - Ahmad Maslan
Kementerian Kewangan tidak menerima sebarang cadangan berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam sesi dialog kementerian itu bersama kumpulan fokus, kata timbalan menterinya, Datuk Ahmad Maslan.
Ahli Majlis Dewan Tertinggi MN Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Presiden MN Tan Sri Annuar Musa akan berbincang dengan Dr Mahathir berhubung hala tuju NGO Melayu dan usaha mengukuhkan penyatuan orang Melayu.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengatasi masalah kekurangan pekerja yang menjadi antara faktor kekurangan bekalan telur ayam menjelang bulan Ramadan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melihat adanya masalah dalam pelantikan Datuk Seri Nazri Aziz sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat.
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau meletak jawatan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) kerana mendakwa 'aliran' parti itu sedikit berbeza.
Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat gesaan agar beliau memecahkan monopoli Melayu dalam perkhidmatan awam sebagai pandangan peribadi semata-mata.
Mereka yang memegang kuasa tidak seharusnya merasakan boleh menggunakan kedudukan untuk memberi manfaat atau kelebihan kepada ahli keluarga.
Kos sara hidup di Malaysia meningkat kerana rasuah berleluasa. Demikian respons bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya punca kos sara hidup di Malaysia masih meningkat saban tahun.
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) MAS-01 berjaya membawa keluar sekurang-kurangnya enam mangsa yang terperangkap akibat gempa bumi di Turkiye.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

