PUTRAJAYA: Kos sara hidup di Malaysia meningkat kerana rasuah berleluasa.
Demikian respons bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya punca kos sara hidup di Malaysia masih meningkat saban tahun.
Menurutnya, apabila setiap urusan diselitkan elemen rasuah, ia menyebabkan harga barang menjadi semakin mahal.
"Perkara yang utama adalah rasuah. Kos naik kerana rasuah.
"Banyak benda-benda yang harganya murah tapi bila dicampur dengan rasuah, harganya meningkat, menyebabkan kos sara hidup meningkat.
"Ada juga perkara-perkara lain tapi rasuah di antara yang menyebabkan 'cost of living' tidak dapat diturunkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Forum Usahawan Bumiputera, “Membina Daya Tahan Ekonomi Bumiputera Dan Cabaran Masa Hadapan” di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini pada Sabtu.
Ketika ditanya prestasi ekonomi Malaysia, Dr Mahathir menyatakan kerajaan sebenarnya masih belum selesaikan isu kos sara hidup membabitkan rakyat.
"Masih belum diatasi pun, tiada rancangan macam mana nak kurangkan 'cost of living' selain dari kata kalau ayam mahal jangan makan ayam.
"Yang itu bukan penyelesaian," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu meramal Malaysia mampu mengharungi kelembapan ekonomi dunia tahun ini.
Menurutnya, beliau percaya Malaysia akan terselamat kerana ada barangan tempatan mendapat pasaran begitu tinggi di luar negara seperti industri sarung tangan dan komponen pembuatan.
"Pasaran eksport kita memang berjaya tetapi keadaan dalam negara iaitu kos sara hidup masih tinggi dan tidak menunjukkan tanda-tanda pulih.
"Secara dasarnya, golongan tertentu termasuk miskin masih tidak mendapat makanan mencukupi, tiada kerja dan tidak boleh menerima ekonomi kita tumbuh dengan pesat," katanya lagi.
Ridauddin Daud
Sat Feb 11 2023

Kos sara hidup di Malaysia meningkat kerana rasuah berleluasa, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Gambar fail/Astro AWANI

Amber Heard seronok duduk Sepanyol, sudah move on daripada Johnny Depp
Setelah melalui episod perceraian dan perseteruan di mahkamah yang tidak menyebelahinya, Amber Heard membawa diri berpindah ke Sepanyol.

ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan
Skuad ragbi 15 Sebelah (15s) negara terpaksa akur dengan keampuhan Korea Selatan selepas tewas 3-27, pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023 di Stadium Saidina Hamzah, UIAM.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Kenyataan Perancis tolak sebarang cubaan mencabar kedaulatan Malaysia - Zambry
Zambry dan Colonna membincangkan usaha-usaha bersama dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Kanak-kanak lelaki dipercayai lemas ketika mandi di sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun hilang, dikhuatiri lemas, ketika mandi di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, hari ini.

Netizen samakan Watie dengan watak Anjali Sharma dalam filem Kuch Kuch Hota Hai
Masih tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum menjelangnya majlis pernikahan pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu dengan pilihan hatinya, Watie Hanafiah.

119 kru terselamat selepas kapal perang terbakar di Indonesia
Sebuah kapal tentera laut Indonesia (TNI AL) dilaporkan terbakar berdekatan perairan Selayar, di Sulawesi Selatan pada Sabtu, manakala seramai 119 anak kapalnya dilaporkan selamat.

Ketua Polis P. Pinang tidak tunduk dengan ugutan
Katanya, beliau tidak akan tunduk dengan ugutan atau ancaman oleh mana-mana sindiket haram terhadapnya.

MATA dalam misi tarik jemaah haji dan umrah China untuk transit ke Malaysia
MATA sedang dalam usaha untuk menarik jemaah haji dan umrah daripada negara China, untuk melawat atau transit di Malaysia terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Arab Saudi.

Kaji selidik: 'Kami tengah buat kerja' - Rafizi
Kaji selidik yang dijalankan Endeavour-MGC menunjukkan rakyat sebenarnya lebih berpuas hati dengan pentadbiran sekarang dalam menguruskan ekonomi.

Warga kota stres gaya hidup KL
Warga kota lebih mudah mengalami gangguan emosi yang turut menjejaskan keadaan mental akibat peningkatan kos sara hidup.

'Kos sara hidup antara faktor tiada kerjasama, kebersamaan di PPR'
Phang berkata, fokus penduduk adalah untuk meningkatkan pendapatan, sehingga tiada masa untuk bergaul dengan komuniti setempat.

Ramai warga Australia kini hidup dalam kemiskinan akibat krisis kos hidup
93 peratus individu memohon perkhidmatan badan amal dalam tempoh 12 bulan lalu bergelut membeli barangan keperluan asas.

Kenaikan OPR terkawal demi kukuhkan mata wang negara, kawal kenaikan harga barang - Rafizi
Rafizi berkata, kerajaan harus hormati budi bicara Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menentukan polisi kewangan terbaik dengan situasi ekonomi negara.

Kerajaan sasar inflasi 2.8 - 3.3 peratus, harga barangan lebih melegakan tidak lama lagi - Rafizi
Rafizi Ramli berkata, sejurus sasaran kadar inflasi itu tercapai, rakyat akan merasai tekanan kenaikan harga barang mula reda.

Tingkatkan gaji minimum bagi imbangi pendapatan dengan kos sara hidup - Pakar
Katanya kadar gaji minimum itu juga perlu ditingkatkan mengikut perkembangan ekonomi negara.

Cadangan penambahbaikan Payung Rahmah, biarlah kementerian buat kajian menyeluruh - Salahuddin
KPDN perlu diberi ruang untuk membuat kajian menyeluruh mengenai inisiatif Payung Rahmah sebelum mengambil kira cadangan-cadangan yang dibuat pihak tertentu.

Kos sara hidup terus jadi tumpuan kerajaan - Rafizi
Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif yang dapat mengurangkan bebanan rakyat terutamanya dalam menangani isu kos sara hidup, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Melaka warta cuti umum Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia
Melaka akan mewartakan cuti umum Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia sebagai cuti kelepasan am di negeri itu yang akan diumumkan dalam masa terdekat.