ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Februari 2023.

1. Sekolah daif: KPM sudah ada senarai lengkap babitkan semua negeri

KPM juga akan memastikan projek pembangunan sekolah daif di seluruh negara akan dilaksanakan secara adil dan saksama.

2. Pencemaran bau: Semua LRA sudah beroperasi semula

Bekalan air terawat yang bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna bermula pada jam 6.30 pagi Ahad.

3. Pelantikan perkhidmatan awam berdasarkan merit, bukan sebab kaum - Cuepacs

Perkhidmatan awam selama ini tidak pernah menetapkan bangsa sebagai faktor penentu dalam mengambil atau menaikkan pangkat penjawat awam seperti yang didakwa.

4. Jangan salahkan graduan sahaja, industri pekerjaan juga gagal berkembang dengan baik - MBM

Masalah pengangguran dalam kalangan graduan lepasan universiti di negara ini perlu dilihat secara realistik dan lebih adil berbanding hanya menyalahkan satu pihak sahaja.

5. Anthony Loke ingatkan pemimpin DAP tidak timbulkan polemik dengan masyarakat

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook hari ini memberi peringatan kepada pemimpin DAP di semua peringkat agar tidak menimbulkan sebarang polemik dalam kalangan masyarakat.

6. Nurul Izzah sahkan bukan lagi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Anwar

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengumumkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

7. Hassan Marican pelawa Nurul Izzah ketuai Sekretariat Badan Penasihat Menteri Kewangan

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dipelawa untuk mengetuai secara bersama sebuah sekretariat bagi menyokong Badan Penasihat Khas kepada Menteri Kewangan.

8. PRU15: Bantahan Hadi Awang terhadap petisyen dikemuka calon BN ditolak

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu di sini hari ini menolak bantahan awal Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi menolak petisyen pilihan raya difailkan calon Barisan Nasional (BN) Jasmira Othman untuk membatalkan kemenangannya pada PRU15.

9. Kartel daging: Syarikat LY Frozen, pengurus stor, akauntan dilepas, bebas ubah wang haram

Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengurus stor dan akauntannya, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM12 juta, antara Oktober 2018 hingga Disember 2020.

10. Banjir lumpur: Laluan Janda Baik-Genting Sempah ditutup akibat runtuh

Jalan Kuala Lumpur-Bentong yang menghubungkan Genting Sempah ke Janda Baik ditutup sementara kepada semua kenderaan selepas mengalami runtuhan akibat kepala air, hari ini.