Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Februari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Februari 2023.
Pihak Hospital Kampar tidak pernah mengeluarkan arahan kepada kakitangan hospital itu atau menghalang pesakit yang tidak mematuhi etika berpakaian, daripada menerima sebarang rawatan.
2. Dewan Rakyat: Pindaan Akta 655 dalam penelitian, hukuman lebih tinggi jika cemar bekalan air
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam proses meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).
Budaya menyiarkan perlawanan secara percuma perlu diubah demi kemajuan sukan di negara ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Suee Lim mengisytiharkan kerusi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali kosong.
Pelajar sekolah dan warga Orang Kurang Upaya (OKU) kini boleh menikmati perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) secara percuma sepanjang masa menerusi pas perjalanan tanpa had MyRailLife yang dilancarkan hari ini.
Pendirian kerajaan untuk tidak lagi membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana caruman ahli untuk bekalan hari tua adalah terlalu sedikit, pada masa ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer untuk sentiasa membuat laporan polis berhubung isu pajakan membabitkan negeri itu dan Pulau Pinang.
Selangor dijangka berdepan peningkatan kes demam denggi sebanyak 150 peratus pada tahun depan jika masyarakat tidak menangani pembiakan nyamuk Aedes dengan serius, susulan peningkatan tinggi kes ketika ini.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu pada Khamis.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia membantu Turkiye dalam lebih banyak kapasiti untuk tempoh terdekat terutama membantu kerajaan Turkiye dan rakyatnya yang terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

