KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia membantu Turkiye dalam lebih banyak kapasiti untuk tempoh terdekat terutama membantu kerajaan Turkiye dan rakyatnya yang terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini.
Anwar dalam temu bual eksklusif dengan TRT World yang dimuat naik di YouTube semalam, berkata Malaysia akan menawarkan lebih banyak bantuan selepas perbincangan beliau dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
"Kami (Malaysia) telah menghantar tiga pasukan setakat ini. Saya telah berbincang dengan Presiden bahawa banyak lagi yang akan kami lakukan walaupun Turkiye sudah mempunyai kapasiti yang besar dari segi sumber dan kemudahan.
"Kami perlu dan akan terus mengumpul lebih banyak dana dan sokongan serta bantuan. Bersama penduduk Islam dan bukan Islam di Malaysia yang komited untuk membantu, saya yakin ia akan memudahkan kami untuk menyumbang dan membantu lebih banyak lagi," katanya ketika ditemu bual wartawan TRT World Andrew Hopkins. sempena lawatan sehari nya ke Turkiye.
Perdana Menteri berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Malaysia terdiri daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia yang ditempatkan di Nurdagi - telah menunjukkan pengorbanan dan keupayaan luar biasa yang boleh diganggakan.
Anwar tiba di tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan sehari ke Turkiye bagi memberikan sokongan kepada pasukan penyelamat serta menzahirkan komitmen Malaysia untuk membantu rakyat negara itu yang terkesan dengan malapetaka gempa bumi.
Beliau melawat Ground Zero (kawasan bencana) dan menyifatkan kemusnahan akibat gempa bumi itu "amat dahsyat dan di luar jangkaan."
Anwar juga bertemu Erdogan di Ankara untuk menyampaikan ucapan takziah Malaysia.
"Saya terpanggil untuk mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada petugas dan penyelamat. Saya perlu menyatakan simpati dan sokongan saya kepada Presiden dan rakyat Turkiye.
"Rakyat di Malaysia tidak putus-putus mengucapkan simpati dan rasa sedih dan apabila kami mula mengumpul dana untuk bencana itu, kami sebagai sebuah negara kecil dan membangun secara relatifnya, berjaya memperoleh AS$10 juta hanya dalam tempoh beberapa hari sahaja. Ini sangat luar biasa.
"Selain itu, setiap kali Malaysia mengalami kesukaran, Turkiye menjadi antara banyak negara yang menawarkan bantuan dan memainkan peranannya. Negara ini mempunyai hubungan istimewa dengan Malaysia secara keseluruhan dan dengan saya secara peribadi. Sejak saya memegang jawatan, saya ingin meningkatkan hubungan dua hala yang dikongsi bersama ini," kata Anwar.
Hari ini, Anwar telah memberi persetujuan supaya pasukan SMART yang sepatutnya berada hanya dua minggu di sana (Turkiye) untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka atas permintaan Erdogan.
Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada 6 Feb telah membunuh sekurang-kurangnya 36,187 orang dan mencederakan lebih 100,000 di Turkiye manakala di Syria sekurang-kurangnya 5,329 orang maut dan 14,500 yang lain cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia membantu Turkiye dalam lebih banyak kapasiti untuk tempoh terdekat terutama membantu kerajaan Turkiye dan rakyatnya yang terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (05 Disember 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Taufan Michaung: Rakyat Malaysia di selatan India dinasihatkan jaga keselamatan
Rakyat Malaysia yang melawat atau berada di beberapa kawasan yang terjejas dibadai Taufan Michaung di Selatan India dinasihatkan supaya menjaga keselamatan diri.

Kerajaan Malaysia lancar prospektus tenaga lestari di COP28
Menteri NRECC Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keperluan mendesak untuk Malaysia beralih kepada tenaga mampan didorong oleh komitmen global.

Malaysia semakin hebat bukan tentang Anwar, tetapi disebabkan kestabilan politik - PM
Profil Malaysia yang semakin tinggi bukan tentang individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya disebabkan kestabilan politik di negara ini.

Jawatankuasa khas kaji kompetensi DUN gubal undang-undang Islam ditubuhkan
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankuasa Khas) yang tur

'Wujudkan mekanisme pantau dana perubahan iklim yang dikumpulkan, disalurkan'
Persetujuan untuk menubuhkan dan menyalurkan dana bagi menangani risiko perubahan iklim semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP28) adalah suatu langkah yang baik.
Tumpu bangunkan negara, ‘bertempur’ dalam PRU akan datang - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak semua pihak untuk memberi tumpuan kepada membangunkan negara.
Tegas beliau, negara harus kekal aman dan stabil dan sekiranya ada hasrat untuk ‘bertempur’, ia harus dilakukan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Tegas beliau, negara harus kekal aman dan stabil dan sekiranya ada hasrat untuk ‘bertempur’, ia harus dilakukan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
AWANI Tonight: 5 December 2023
#AWANITonight with @_farhanasheikh
PM urges Cabinet members not to fall into culture of complacency
#AWANIEnglish #AWANINews
PM urges Cabinet members not to fall into culture of complacency
#AWANIEnglish #AWANINews
Buletin AWANI Khas: Wawancara khas Setahun Bersama Kerajaan MADANI, Tiwikrama Perdana Menteri
Ikuti langsung Wawancara Khas Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Setahun Bersama Kerajaan Madani.
#AWANInews
#AWANInews

KKD bincangkan kerjasama hasilkan filem Malaysia mengenai kesedaran tentang penipuan
Timbalan Menteri berkenaan Teo Nie Ching berkata filem seperti itu dijangka diterbitkan oleh pengeluar filem tempatan yang akan bekerjasama dengan Finas dan PDRM.

Gempa Turkiye: 2.5 juta kanak-kanak perlu bantuan - UNICEF
UNICEF mengeluarkan amaran tersebut selepas dua bulan gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan utara Syria.

Gempa bumi Turkiye: Angka korban melepasi 45,000 di Turkiye dan Syria
Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria terus meningkat melebihi 45,000 mangsa pada Sabtu.

'Jumpa di Parlimen selepas ke Turkiye, Alhamdulillah selamat pulang' - Wan Azizah
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan kesyukuran setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat pulang dari Turkiye.

Gempa Turkiye: Lelaki 62 tahun ditemui selamat selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan
Huseyin Berber terpaksa minum air kencing sendiri untuk meneruskan hidup sepanjang terperangkap.

Gempa bumi Turkiye: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap
Seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan pangsapuri yang didiaminya di Mersin, Turkiye pada 14 Februari lalu.

'Rumah kami bergoyang sebelum menyembah bumi' - Mangsa gempa Turkiye
Itu pengalaman ngeri yang dialami Muhammad Nur Damlah ketika gegaran berukuran 7.8-magnitud membadai beberapa daerah di Turkiye dan Syria.

Dianggap tindakan berlebihan, PM Anwar perjelas sebab kunjungan ke Turkiye
Kunjungan dibuat atas dasar persahabatan istimewa selain Turkiye banyak salur bantuan kepada Malaysia.

Gempa bumi Turkiye: 'Saya minum air kencing' - Mangsa terselamat selepas 4 hari
Mangsa, Adnan Muhammed Korkut berjaya dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Jumaat.

Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART MAS-01 usaha keluarkan mangsa terperangkap bawah runtuhan
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ketika ini sedang menyelamatkan seorang mangsa yang dikatakan tertimbus di dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di Gaziantep, Turkiye.

Gempa bumi Turkiye: Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar dari kawasan gempa - Duta
Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar daripada kawasan Gempa Bumi di Gaziantep, Turkiye.