Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Februari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Februari 2023.
Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis malam memutuskan untuk membatalkan pemecatan Datuk Lokman Noor Adam sebagai ahli MKT UMNO.
2. Penubuhan Suruhanjaya Kesihatan, Kad Sihat antara kandungan Kertas Putih
Kertas Putih Kesihatan itu kini dalam peringkat akhir rundingan bersama pemegang taruh dan dijangka dapat dibawa ke Parlimen pada Jun tahun ini.
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari Tahun 2023 (DPT BLN1/2023) yang telah diperaku dan diwartakan, dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 18 Mac depan.
Sebagai ahli parti yang setia serta menghormati demokrasi yang diamalkan dalam UMNO mendorong Tan Sri Shahrizat Jalil membuat keputusan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan bulan depan.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Harumaini Omar mendakwa ketidakhadiran beliau ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor adalah atas sebab masalah kesihatan diri dan keluarga.
Kos penyelenggaraan dan pembaikan kereta menteri bagi tempoh tiga tahun lalu melebihi RM1.6 juta.
Sebarang pengeluaran tambahan baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sama ada secara bersasar atau terbuka akan memburukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan yang kini berada dalam tahap yang amat membimbangkan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan membabitkan dana RM300 juta yang didakwa diterima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan keyakinan kerjasama antara Malaysia dan Jerman akan berkembang secara progresif selepas ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) akan memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat, yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid dan hanya menambahkan beban tugas guru bermula sesi persekolahan 2023/2024.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

