MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Februari 2023.
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM2 juta berhubung projek Jana Wibawa.
Barisan Nasional (BN) mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menarik balik tuduhan yang dilemparkan terhadap Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa sebagai ‘dalang’ dan ‘perancang’ kepada pertuduhan ke atas Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membuat permohonan maaf di Dewan Rakyat susulan ucapannya mengenai titah perasmian istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 disediakan kerajaan.
Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff menetapkan 11 hingga 14 Sept ini untuk perbicaraan selain menetapkan tarikh akhir bagi pengurusan kes pada 14 Julai.
Tertuduh Wan Maseri Wan Mohd, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ruzita Ramli selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan pemimpin kerajaan sedia ada agar tidak menyalahkan pembangkang sekiranya pentadbiran hari ini jatuh sekali lagi.
Azalina mendakwa, kumpulan tersebut mungkin menyasarkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam usaha mereka menggugat kedaulatan negara.
Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan, beliau menerima surat saman daripada pengimport telur dari India susulan kenyataannya pada sidang Dewan Rakyat minggu lalu.
Kerajaan akan mempertimbangkan tambahan pemberian khas kepada Sabah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada Isnin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami