Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 6, 2023 15:50 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mac 2023.
1. Skim gaji penjawat awam jadi keutamaan bila hasil negara meningkat - PM Anwar
Kenaikan skim gaji penjawat awam akan menjadi keutamaan kerajaan apabila pendapatan negara meningkat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2. Makin rancak rakyat Malaysia ingin berpoligami ke selatan Thailand
Selatan Thailand terus menjadi destinasi pilihan lelaki dari Malaysia yang berhasrat untuk berpoligami.
3. Pencarian MH370 tidak akan dihentikan - Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menghentikan usaha mencari atau siasatan berhubung tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.
4. Tembak mati isteri: Lans Koperal direman tujuh hari
Polis memperolehi reman selama tujuh hari bagi melengkapkan siasatan ke atas suspek yang juga anggota polis berpangkat Lans koperal yang menembak mati isterinya di sebuah rumah di Simpang Empat, di sini, pada Ahad.
5. Pas akui PN rancang 'jatuhkan' Kerajaan Perpaduan, tiada siapa boleh halang
Pas mengakui bahawa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha untuk 'menjatuhkan' Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6. Empat kes kematian akibat rabies dicatatkan di Sarawak
Sarawak mencatatkan enam kes jangkitan rabies dengan empat daripadanya membabitkan kematian dalam tempoh 1 Jan hingga 5 Mac tahun ini.
7. Gagasan Rakyat terima secara rasmi permohonan bekas ADUN Warisan, UMNO
Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sudah menerima secara rasmi semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO dan Warisan yang keluar parti dan menyertai Gagasan Rakyat.
8. Filem 'Mentega Terbang': Polis buka kertas siasatan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka satu kertas siasatan terhadap filem kontroversi Mentega Terbang selepas menerima lapan laporan polis.
9. Dakwaan Bella didera di bilik dobi tidak logik - Siti Bainun
Siti Bainun memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dakwaan dia telah mendera remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella di bilik dobi sebuah unit kondominium di Wangsa Maju adalah tidak masuk akal.
10. Tunggakan cukai RM1.7 bilion: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan Najib, anak 14 Jun
Mahkamah Persekutuan menetapkan 14 Jun ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin berhubung penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap mereka dalam kes tunggakan cukai pendapatan.
#berita tempatan #berita utama #berita pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI