awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2023
15:54 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Mac 2023.
1. Beg berat: Tempoh pelaksanaan pendidikan digital secara menyeluruh ada kekangan - KPM
Kementerian Pendidikan belum dapat menentukan jangka masa bagi melaksanakan sistem pendidikan digital secara menyeluruh dalam menangani isu beg berat dalam kalangan murid sekolah, kata Timbalan Menterinya Lim Hui Ying.
2. Bersatu fail semakan kehakiman cabar keputusan SPRM beku akaun
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun banknya bagi tujuan siasatan.
3. MOT akan bincang dengan syarikat penerbangan, tawar tiket murah kepada pelajar
Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi menyediakan inisiatif kepada para pelajar untuk menikmati harga tiket yang lebih murah, termasuk ke Sabah dan Sarawak.
4. Artikel didakwa fitnah Abdul Hadi, Pemuda Pas lapor polis
Pemuda Pas Terengganu membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal yang didakwa berunsur fitnah terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
5. Tak kan 174 negara silap sebab buat GST? - Ahmad Maslan
Kerajaan belum lagi menoktahkan hasrat untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
6. Kes Muhyiddin: "Saya tidak campur tangan" - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan yang kononnya siasatan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bermotifkan politik.
7. Bersalah atau tidak dera Bella, nasib Siti Bainun diketahui 3 Mei nanti
Keputusan pertuduhan terhadap Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella, akan diketahui 3 Mei ini.
8. Muhyiddin ditahan SPRM jam 1 petang, didakwa esok
Tan Sri Muhyiddin Yassin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana awam Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
9. Tuntutan waris Sulu: Malaysia sedang siasat kesahihan pihak dakwa waris Sultan Sulu - Zambry
Malaysia sedang menyiasat kesahihan~ "Perjanjian 1878" ~pihak yang mendakwa waris Sultan Sulu bagi mematahkan tuntutan daripada kumpulan yang mendakwa sebagai waris Sulu.
10. Kekal terajui Bersatu dan PN atau tidak, tunggu selepas didakwa - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, buat masa ini beliau belum didakwa dan perkara itu akan dibincang selepas pendakwaan dikenakan.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan