awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOT akan bincang dengan syarikat penerbangan, tawar tiket murah kepada pelajar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
09/03/2023
03:40 MYT
MOT akan bincang dengan syarikat penerbangan, tawar tiket murah kepada pelajar
Loke berkata, sejak 2018 hingga Januari 2023, MAVCOM mengenakan penalti sebanyak RM4.72 juta atas kegagalan syarikat penerbangan dalam mematuhi pelbagai kesalahan di bawah MACPC. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi menyediakan inisiatif kepada para pelajar untuk menikmati harga tiket yang lebih murah, termasuk ke Sabah dan Sarawak.
Menterinya Anthony Loke Siew Foke berkata, ketika ini Malaysia Airlines Bhd menyediakan program MHexplorer, yang menawarkan diskaun sehingga 30 peratus daripada harga tiket penerbangan.
Menerusi inisiatif itu juga, Loke berkata, pelajar yang layak akan menikmati manfaat seperti elaun bagasi tambahan sebanyak 10 kilogram (kg) dan diskaun untuk keluarga dan rakan-rakan pelajar.
"Sementara itu, untuk inisiatif penerbangan-penerbangan lain, kita cuba bincang dengan syarikat yang lain.
"Memang kita tahu banyak syarikat penerbangan lain yang telah beroperasi. Dan selepas ini saya juga akan berjumpa dengan pihak MyAirline," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Loke menjawab soalan tambahan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) yang bertanya sama ada MOT akan memperkenalkan pakej penerbangan pada harga berpatutan kepada para pelajar Sabah dan Sarawak bagi mengatasi masalah tambang penerbangan semasa cuti semester.
Selain itu, Vivian meminta penjelasan sama ada kementerian akan mempertimbangkan untuk membuka laluan baharu dari Pulau Pinang atau Johor ke Sandakan bagi mengurangkan kos transit yang didakwa mencecah RM1,400 satu hala, ketika ini.
Menjawab lanjut, Loke berkata, cadangan untuk membuka laluan baharu akan dikemukakan kepada syarikat penerbangan yang belum menawarkan laluan tersebut, terutamanya antara Pulang Pinang dan Sabah/Sarawak.
"Mungkin Kota Kinabalu ada, tetapi Sandakan kurang. Saya tahu, laluan Kuala Lumpur-Sandakan itu, dari segi perkhidmatan, agak kurang.
"Kita cuba tambah kapasiti untuk syarikat penerbangan lain," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sedang dalam proses menambahbaik Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) dan proses itu dijangka dapat diselesaikan pada suku kedua 2023.
Selain itu, Loke memaklumkan, sejak 2018 hingga Januari 2023, MAVCOM mengenakan penalti sebanyak RM4.72 juta atas kegagalan syarikat penerbangan dalam mematuhi pelbagai kesalahan di bawah MACPC.
"Syarikat penerbangan yang membatalkan penerbangan atas faktor di bawah kawalan syarikat penerbangan seperti teknikal atau kapasiti penumpang yang tidak menyebabkan penerbangan tersebut dilewatkan atau dibatalkan, tertakluk untuk menawarkan pembayaran ganti dalam masa 30 hari atau perubahan laluan seperti mana yang diperuntukkan di dalam MACPC.
"Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan Kod Perlindungan Pengguna, MAVCOM kini dalam proses penambahbaikan MACPC.
"Berdasarkan maklum balas pengguna dan juga pengajaran-pengajaran penting yang berlaku semasa pendemik COVID-19, penambahbaikan termasuk peningkatan perlindungan pengguna dalam kes-kes yang tidak pernah berlaku dalam pandemik ini," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#Harga tiket penerbangan
#Anthony Loke
#tambang murah untuk pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan