Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mac 2023.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak menggunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri untuk mencampuri urusan perundangan terhadap mana-mana individu yang didakwa di mahkamah.
2. Penyerang Kamal Adli direman dua minggu untuk penilaian psikiatri
Mahkamah Singapura menetapkan lelaki yang didakwa menyerang artis Malaysia Kamal Adli akan direman dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri.
Kerajaan akan menanggung kos melebihi RM420 juta seandainya Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak mengadakan pilihan raya negeri secara serentak.
Selepas memanggil empat saksi, pihak pembelaan dalam prosiding bela diri kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan Ahli Parlimen Muar itu, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menutup kes pembelaan hari ini.
Rafizi menganggap dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mempunyai ‘fail’ pemimpin Kerajaan adalah retorik semata-mata.
Kes jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah mencatatkan jumlah tertinggi didaftarkan di Kelantan iaitu sebanyak 3,683 kes.
Mayat remaja berusia 15 tahun itu ditemukan kira-kira jam 10 pagi tadi.
Program Jom Ziarah yang membabitkann kunjungan ke gereja oleh Impact Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak melibatkan belia beragama Islam.
Beliau menggesa pihak tertentu supaya tampil memberi bukti dakwaan beliau campur tangan dalam mana-mana siasatan kes termasuk membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tindakan segelintir pihak yang membangkitkan isu berkaitan sentimen agama dan bangsa disifatkan helah bagi mengalihkan perhatian rakyat kepada perkara lain yang lebih penting.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

