Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Mac 2023.
Kerajaan telah melaksanakan kajian kebolehsanaan terhadap cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar kepada golongan yang berkemampuan termasuk kumpulan M40 dan T20.
2. Kes Jana Wibawa: Pendakwaan berhasrat pindah kes rasuah Adam Radlan
Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen pada Khamis bahawa mereka berhasrat untuk memindahkan dua pertuduhan kes rasuah berjumlah RM4.1 juta berhubung projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Shah Alam membabitkan Adam Radlan Adam Muhammad ke mahkamah yang sama di sini.
Orang ramai diarahkan untuk menghentikan pengambilan ubat batuk dan selesema mengandungi bahan aktif pholcodine.
Susulan kenaikan pangkat Hakim Mohamed Zaini Mazlan ke Mahkamah Rayuan Putrajaya, perbicaraan kes pengubahan wang haram RM7 juta dan gagal menyerahkan penyata pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor, di Mahkamah Tinggi di sini akan didengar oleh hakim baharu iaitu K Muniandy.
Hukuman penjara sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori akan digantikan dengan hukuman alternatif baharu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini melancarkan Buku Pelan Besar Industri Halal 20302030 (HIMP 2030), iaitu rangka tindakan untuk menjadikan Malaysia peneraju utama industri halal dunia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan kementeriannya bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Kepimpinan baharu Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dilantik bagi penggal 2023-2026 dilihat dapat memberikan kestabilan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata penganalisis politik.
Seramai 48,000 wanita berisiko tinggi dijangka menerima manfaat daripada subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks yang diberikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa komuniti perniagaan di Arab Saudi untuk lebih banyak melabur di Malaysia berikutan Malaysia mempunyai kerajaan yang stabil dengan dasar yang jelas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

