KUALA LUMPUR: Hukuman penjara sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori akan digantikan dengan hukuman alternatif baharu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia akan digantikan dengan penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.
Jelas beliau, perkara tersebut antara beberapa dasar baharu yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas.
“Selain itu, hukuman pemenjaraan sepanjang hayat sebagai satu hukuman dimansuhkan sepenuhnya dalam semua undang-undang.
"Hukuman mati dimansuhkan bagi kesalahan-kesalahan yang tidak menyebabkan kematian, melainkan tiga kesalahan iaitu Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Azalina menjawab pertanyaan Senator Datuk Koh Nai Kwong mengenai status terkini kajian semula cadangan melaksanakan hukuman gantian kepada hukuman mati mandatori bagi pelbagai kesalahan.
Menjawab lanjut, Ahli Parlimen Pengerang itu berkata Jemaah Menteri turut bersetuju dengan satu RUU baharu bagi membolehkan hukuman mati atau hukuman pemenjaraan sepanjang hayat yang telah dikenakan disemak semula oleh Mahkamah Persekutuan.
Cadangan RUU berkenaan, katanya dijangka memberi kesan kepada 957 banduan hukuman mati dan banduan sepanjang hayat yang telah menghabiskan proses rayuan di mahkamah sebelum ini.
Dalam masa yang sama, Azalina memberitahu RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 dijadual dibaca kali pertama pada Isnin ini di Dewan Rakyat.
Katanya, RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dijangka memberi kesan kepada 476 banduan hukuman mati yang belum menghabiskan proses rayuan, sama ada di Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan.
"Hal ini disebabkan, hukuman alternatif kepada hukuman mati mandatori akan bersifat ke belakang.
"Pindaan perundangan yang melibatkan polisi penghukuman dan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori ini jelas merupakan perubahan positif kepada sistem keadilan jenayah di Malaysia supaya lebih holistik dan inklusif demi manfaat bersama selain tidak menafikan hak asasi individu untuk mendapat keadilan sewajarnya," katanya.
Hasimi Muhamad
Thu Mar 23 2023
Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) berkata perkara tersebut antara beberapa dasar baharu yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas - Foto/fail
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Format baharu pengisytiharan harta dikuatkuasakan dalam masa terdekat
Pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran dan ahli Parlimen yang dicadangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional akan dikuatkuasakan menggunakan format baharu.
RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina
RCI untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak boleh menghukum mana-mana pihak.
Pindaan kembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 90 peratus siap - Azalina
Akta Perkhidmatan Parlimen antaranya akan memberi kuasa autonomi kepada pentadbiran dan kewangan Parlimen.
Malaysia tidak layan tuntutan remeh United Tausug Citizens ke atas Sabah - Azalina
Malaysia tidak melayan sebarang bentuk tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai United Tausug Citizens (UTC) ke atas Sabah.
Kertas Pandora: Tiada pilih kasih, SPRM siasat semua nama yang tersenarai - Azalina
SPRM bertindak mengikut undang-undang, peraturan dan bebas menyiasat tanpa sebarang campur tangan atau pengaruh daripada pihak luar, tegas Azalina.
Kerajaan kaji perluas skop perlindungan Seksyen 3 Akta 792 - Azalina
Kerajaan sedang menjalankan kajian sewajarnya bagi memperluas skop perlindungan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
Reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya proses yang panjang - Azalina
Reformasi pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan satu proses yang panjang.
Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dibentang di Parlimen minggu depan - Azalina
Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 antaranya bagi menubuhkan Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia, dijangka dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat minggu depan.
PM akan jawab isu DNAA di Parlimen esok - Azalina
Azalina berkata, Perdana Menteri akan menjawab persoalan DNAA Ahmad Zahid Hamidi pada jam 2.30 petang di Dewan Rakyat.
"Kalau asyik nak bubar kerajaan, bila nak buat pindaan undang-undang?" - Azalina
Jika boleh, kerajaan mahu melaksanakan pindaan undang-undang secara serentak supaya setiap pindaan itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin.