ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Mac 2023.

1. 1MDB: Mahkamah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Jho Low

Sebuah mahkamah di Kuwait mensabit kesalahan terhadap ahli perniagaan dalam pelarian, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low secara 'in absentia' pada Selasa atas tuduhan pengubahan wang haram berhubung skandal 1MDB.


2. Untung bersih BNM RM7 bilion, merosot hampir separuh

Keuntungan bersih selepas cukai Bank Negara Malaysia merosot hampir separuh kepada RM6.986 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022, berbanding RM12.796 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2021.


3. Kerajaan Perpaduan beri lebih peruntukan kepada Kelantan, Terengganu berbanding PN - Anwar

Kerajaan Perpaduan memberikan peruntukan lebih tinggi kepada Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis daripada kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus menafikan dakwaan bahawa pentadbirannya menekan negeri-negeri yang tidak menyokong kerajaan.


4. Kerajaan setuju lanjutkan pelepasan cukai SSPN sehingga 2024 - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mendengar keresahan disuarakan golongan yang terkesan.


5. Bantuan Aidilfitri, pelepasan cukai individu - Anwar umum 4 inisiatif tambahan Belanjawan 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan empat inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023.
 

6. Anwar tiba di Hainan untuk sertai BFA 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi empat hari beliau ke China.


7. Pertukaran Ketua Menteri Melaka: "Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi" - Ab Rauf

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meminta semua pihak untuk menunggu pengumuman rasmi berhubung desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka, Jumaat ini.


8. Halang MB Kedah: "Saya tidak pasti apa Sanusi maksudkan" - Fahmi Fadzil

Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata dirinya tidak pasti apa yang dimaksudkan Sanusi berhubung hantaran pemimpin berkenaan di akaun Facebook miliknya hari ini berkaitan isu itu.


9. Empat beradik maut dalam kebakaran rumah di Muar

Empat kanak-kanak dipercayai adik beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu.


10. Anwar berbuka puasa, beramah mesra dengan komuniti Islam di Hainan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa bersama wakil komuniti Islam setempat serta delegasi Malaysia yang menyertai Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023).