awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat beradik maut dalam kebakaran rumah di Muar

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
29/03/2023
15:16 MYT
Empat beradik maut dalam kebakaran rumah di Muar
Shahrizal Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 7.49 petang. - Gambar JBPM
MUAR: Empat kanak-kanak dipercayai adik beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam itu, mangsa yang maut merupakan dua kanak-kanak lelaki berusia lapan dan tiga tahun selain dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan empat tahun.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 7.49 petang.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran rumah jenis separuh kekal berkeluasan 50 kaki x 35 kaki yang telah memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan kediaman tersebut.
“PKO bertindak membuat pencarian mangsa dan kesemua mangsa dijumpai di dalam bilik air rumah tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Empat beradik ditemui maut dalam bilik air
Mengulas lanjut katanya, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Seramai 20 anggota dari BBP Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
“Buat masa ini, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#BBP
#Fire Rescue Tender
#Kanak-kanak
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan