awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2023
15:45 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Mac 2023.
1. Najib kekal dipenjara, mahkamah tidak benar semak kes SRC International
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
2. "Penduduk Ipoh tidak begitu bahagia" - Laporan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022
Tahap kepuasan hati penduduk di bandar raya Ipoh disifatkan masih kurang walaupun tahap pembangunan dan infrastrukturnya mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan.
3. "Selamat datang ke Pulau Langkawi Permata Kedah" - Mesej Sanusi buat delegasi LIMA23
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan komitmen untuk memastikan kunjungan semua pihak ke Langkawi sempena penganjuran LIMA pada Mei depan sebagai kunjungan terindah sepanjang hayat.
4. Bungkusan ubat gigi 'ganja' misteri: Polis kenal pasti pengirim kepada PM, Rafizi
Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
5. Operasi tangkap anjing liar: Warga emas didakwa halang tugas penjawat awam
Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghalang penjawat awam dalam operasi penangkapan anjing liar oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) minggu lepas.
6. Emilia tarik balik kes, SM Faisal dilepas, dibebaskan
Mahkamah melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya Emilia Hanafi, lapan tahun lalu.
7. Teka-teki terjawab, Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 petang ini.
8. PM Anwar antara pemimpin terawal bertemu Xi Jinping
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People, di Beijing petang ini.
9. Masa untuk kembalikan pelaburan ke Malaysia - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ahli perniagaan Malaysia di luar negara untuk memudahkan lebih banyak pelaburan kembali ke dalam negara.
10. Lelaki maut gantung diri di Flat Cheras
Seorang lelaki ditemui maut dipercayai menggantung diri di ruang tamu sebuah unit di flat perumahan di Cheras, ibu negara pada Khamis
Topic Berkaitan
#berita utama
#berita pilihan
#berita tempatan
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan