Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 April 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 April 2023.
Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.
2. Anggota polis ditahan, seludup mercun guna kenderaan PDRM
Dua lelaki termasuk seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes penyeludupan mercun melibatkan penggunaan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berharap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Perikatan Nasional (PN) menyertai Kerajaan Perpaduan yang baharu ditubuhkan di negeri ini sebelum Enakmen Anti Lompat Parti dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Julai ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat di dalam aktiviti perolehan organ secara haram dan tidak beretika.
Mahkamah Rayuan membatalkan rayuan bekas pembantu penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther berhubung kes saman melibatkan dakwaan serangan seksual oleh Perdana Menteri itu.
Anwar yang juga Presiden PKR itu menyatakan, Tun Mahathir dilihat membawa terlalu banyak elemen negatif terhadap bangsa Melayu.
Ramalan 1 Syawal yang dijangka pada hari Jumaat, 21 April oleh Pusat Astronomi Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.
Pertimbangan tersebut selaras dengan kuasa Seri Paduka Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Ia sebagai respons Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi ciapan Twitter beliau berhubung tuduhan gaji barisan pemain JDT dibayar oleh 'kontraktor'.
Permulaan awal bulan Islam adalah bergantung kepada penampakan hilal dan data-data kedudukan bulan pada tarikh cerapan di satu-satu negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

