ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 April 2023.

1. Anak yatim piatu peluk batu nisan lepas rindu ahli keluarga maut nahas

Seorang kanak-kanak yatim piatu hanya mampu memeluk batu nisan sambil memanggil-manggil adiknya di tanah perkuburan bagi melepaskan kerinduan terhadap tiga ahli keluarga yang terkorban termasuk ibu bapa dalam nahas jalan raya di Perak tiga tahun lalu.


2. MB Selangor bantu rider p-hailing 'Saifulxander'

Luahan kekecewaan seorang penghantar makanan yang mendakwa dizalimi majikannya berhubung soal pembayaran gaji mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.


3. Farid mohon maaf kepada Diana, ibu mentua

Pelakon, Farid Kamil, 42, memohon maaf kepada isterinya, Diana Danielle dan ibu mentua, Norsiah Ramli susulan kenyataannya kepada media yang ada kaitan dengan pihak ketiga ketika ditemu bual di Mahkamah Tinggi Syariah semalam.


4. Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah terima wang haram RM1.06 juta

Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta.


5. KWSP nafi dakwaan krisis tunai bayar wang prapersaraan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan dakwaan tular di aplikasi WhatsApp berhubung krisis tunai yang dihadapi dan ketidakcukupan wang untuk membayar pengeluaran prapersaraan.


6. Nahas Sabah Air: Tiada bukti sabotaj, letupan, kebakaran

Tiada unsur sabotaj, letupan atau kebakaran dalam insiden kemalangan Pesawat Sabah Air pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens.


7. Lebih 50,000 mohon fasiliti sokongan akaun dua KWSP

Seramai 59,230 orang telah memohon Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat semalam sejak dibuka pada 7 April, dengan hanya 27,705 sahaja daripada jumlah itu yang layak, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.


8. Majlis Kewangan Negara: 'Surat untuk singkirkan saya memang wujud' - Sanusi

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa terdapat surat daripada Kementerian Kewangan (MOF) yang dihantar kepada Pejabat Sultan Kedah berhubung cubaan menyingkirkannya daripada mewakili negeri itu dalam Majlis Kewangan Negara.


9. Michelle Yeoh bawa pulang trofi Oscar ke Ipoh

PELAKON Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh pulang membawa trofi kemenangan Anugerah Oscar ke kediaman keluarganya di Ipoh, pada Rabu.


10. Nahas Sabah Air: Pendedahan dibuat mengikut apa yang dilaporkan - Anthony Loke

Pendedahan bagi kes nahas Pesawat Sabah Air pada 6 Jun 1976 dibuat mengikut apa yang terkandung di dalam laporan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.