ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 April 2023.

1. MPFN setuju percepat tempoh kelulusan pembangunan - PM

Usaha mempercepatkan tempoh kelulusan pembangunan secara tidak langsung diyakini mampu menambah baik persekitaran pelaburan selain meningkatkan daya saing negara.


2. Syed Saddiq dapat pelepasan sementara pasport ke Switzerland, Korea Selatan

Syed Saddiq memerlukan pasport dalam masa terdekat kerana perlu memohon visa untuk melawat dua negara itu yang mana akan memerlukan masa.


3. 'Bukan kahwin paksa tetapi dijodohkan orang tua' - Mahfuz bidas Ismail Sabri

Kerjasama atau jalinan hubungan berkenaan boleh dianggap sebagai sebuah perkahwinan yang telah diaturkan 'orang tua' yang mempertemukan jodoh PH dan BN.


4. Syamsul, Puteri Sarah tidak jadi cerai hari ini

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Selasa, dikejutkan dengan pengarah filem 'Mat Kilau' Syamsul Yusof tidak melafazkan perceraian terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.


5. PM umum cuti tambahan satu hari untuk Aidilfitri

Kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.


6. PM umum Tol Rahmah Percuma empat hari sempena Aidilfitri

Kerajaan bersetuju melaksanakan Tol Rahmah percuma, pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.


7. Setahun menanti, Michelle Yeoh bawa pulang Oscar ke Malaysia

Selepas setahun menanti dengan penuh harapan, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya membawa pulang trofi Oscar ke tanah air.


8. Budak 7 tahun mangsa rogol, dera ditemui tepi jalan, polis tahan 3 suspek

Polis menahan dua lelaki dan seorang perempuan yang disyaki terbabit kes rogol dan dera seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.


9. PDRM beri diskaun khas semua saman, hanya bayar RM50 - PM Anwar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Kadar Khas Bayaran Saman yang hanya berjumlah RM50 bagi semua saman trafik, bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023.


10. Ini tujuh khabar gembira diumum PM Anwar sempena Aidilfitri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tujuh berita baik buat rakyat Malaysia dalam sidang media khas beliau di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada Selasa.