ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 April 2023.

1. Bersama bina negara, henti salahkan kerajaan

Tanggungjawab membina negara bukan sahaja terletak kepada kerajaan, akan tetapi turut dipikul oleh pelbagai kelas masyarakat.

2. Wanita dera anak hingga mati dibebaskan dengan jaminan polis

Polis masih meneruskan reman terhadap suspek lelaki yang merupakan bapa tiri mangsa bagi membantu siasatan.

3. Pengasuh minta dibicara, didakwa abai anak jagaan

Nor Huzaimah didakwa mengabaikan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun di bawah peliharaannya.

4. PM Anwar hadir Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Sabah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitiri Kerajaan Negeri Sabah hari ini.

5. Buruh didakwa tikam hingga mati lelaki di restoran makanan segera

Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Rantau Panjang pada 2017.

6. Sukan SEA Kemboja: Kontinjen negara sasar 40 pingat emas

Kontinjen negara menyasarkan 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa pada temasya Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh yang bermula 5 hingga 17 Mei ini.

7. Penyandang kerusi PH mahu kekal bertanding PRN Pulau Pinang - Chow

Semua penyandang kerusi dimenangi Pakatan Harapan ( PH) di Pulau Pinang mahu kekal bertanding di kerusi sedia ada pada Pilihan Raya Negeri ( PRN) nanti.

8. Isu pengampunan Najib: 'Jangan sibuk pasal parti lain' - Mohamad Hasan

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyelar kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad.

9. Sekolah dibenar tutup jika suhu 37 darjah Celsius 3 hari berturut-turut

KPM membenarkan pentadbir untuk menutup sekolah sekiranya cuaca panas berada pada tahap amaran dua dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

10. Isu pengampunan Najib: Amanah mohon maaf kepada UMNO

Parti Amanah (Amanah) menzahirkan permohonan maaf susulan kenyataan Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad, mengenai isu pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.