ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Mei 2023.

1. Polis Evo 3 kutip RM3.4 juta pada hari pembukaan

Filem Polis Evo 3 membuktikan kecemerlangan pada hari pembukaan di pawagam-pawagam tanah air apabila mengetepikan filem antarabangsa Fast X.

2. Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama

Pihak pendakwaan yang mengendalikan empat kes menggunakan kedudukan dan tiga kes pengubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memohon kepada Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat supaya semua pertuduhan kes berkenaan dibicarakan bersama.

3. 'Malaysia tersilap beri subsidi' - Ahmad Maslan

Malaysia disifatkan tersilap langkah dalam pemberian subsidi kepada rakyat yang turut dinikmati golongan kaya, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

4. Agong berangkat ke Monaco, Jordan untuk lawatan khas

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Monaco dan Jordan untuk lawatan khas ke kedua-dua negara bermula hari ini hingga 2 Jun.

5. SPRM sahkan buka fail siasatan babitkan Petronas, syarikat antarabangsa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka fail siasatan terhadap isu rasuah melibatkan projek Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa.

6. Wartawan baca khutbah, pengiktirafan tertinggi kepada pengamal media

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang memberi perkenan kepada pengamal media membacakan khutbah Jumaat merupakan satu pengiktirafan tertinggi terhadap profesion kewartawanan di negara ini.

7. Siasatan dakwaan PN terima dana judi tidak dihenti, gugur - Azalina

Siasatan dakwaan dana judi melibatkan Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak dihenti atau digugurkan.

8. Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Masters Malaysia

Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit selepas kecundang pada set pertama, sekali gus menempah slot ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia 2023.

9. Jadikan masjid pangkalan ibadah, majlis ilmu - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata usaha itu termasuklah menjadikan masjid sebagai penentu kepada dasar pendidikan dan ekonomi.

10. LIMA: Dr Mahathir terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat bagi Anugerah Maritim dan Aerorangkasa Global IBR 2023.