ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Jun 2023

1. Seorang jemaah haji meninggal dunia di Makkah

Seorang jemaah haji berusia 57 tahun meninggal dunia di sini pada 11.50 malam, 4 Jun lepas akibat kegagalan jantung.

2. "2 juta ahli tinggalkan UMNO? Pakailah kalkulator politik" - Ab Rauf bidas Annuar Musa

Dakwaan Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa kononnya dua juta ahli UMNO sudah ‘angkat kaki’ sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu bersifat dangkal dan tidak masuk akal.

3. "Sesiapa saja dalam Pas berhak jadi calon, termasuk Annuar Musa" - Takiyuddin

Pas masih belum membuat keputusan untuk memberikan tempat kepada bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang kini menjadi ahli parti itu.

4. Datuk, dua cucu cedera kereta dipandu rempuh stesen minyak

Dua kanak-kanak cedera selepas kereta dipandu datuk mereka merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Rambai, di sini, malam tadi.

5. Buruh tidak mengaku rogol, liwat tiga anak

Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan merogol dan meliwat tiga anaknya dalam kejadian antara Oktober 2022 sehingga Mei tahun ini.

6. Lelaki didakwa bunuh bekas teman wanita

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, di sini pada Isnin kerana membunuh seorang wanita di sebuah kedai di pusat beli belah dua minggu lalu.

7. Dokumen reformasi ekonomi 'Naratif Ekonomi Madani' dilancar Ogos - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sementara dokumen tersebut diperkenalkan, kerajaan akan meneruskan dulu dasar sedia ada.

8. Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, pelawaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu tidak masuk akal kerana beliau sendiri tidak tahu punca digantung keahlian.

9. Dua-beradik, remaja bawah umur antara 11 didakwa jadi 'scammer'

Sebelas individu termasuk dua beradik dan remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh,atas pertuduhan menipu tujuh individu yang membabitkan kerugian sebanyak RM45,534.74.

10. LTAT ambil alih pegangan saham Boustead Holdings Berhad

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pengambilalihan syarikat Boustead Holdings Berhad (BHB) dengan pegangan saham berjumlah kira-kira 97.63 peratus.