awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Sesiapa saja dalam Pas berhak jadi calon, termasuk Annuar Musa" - Takiyuddin

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
12/06/2023
01:00 MYT
"Sesiapa saja dalam Pas berhak jadi calon, termasuk Annuar Musa" - Takiyuddin
Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, mana-mana ahli Pas berhak untuk menjadi calon asalkan memberi kemenangan buat parti. - Gambar fail
KOTA BHARU: Pas masih belum membuat keputusan untuk memberikan tempat kepada bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang kini menjadi ahli parti itu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, bagaimanapun, menegaskan, mana-mana ahli Pas berhak untuk menjadi calon asalkan memberi kemenangan buat parti.
“Kerusi (untuk Annuar) belum putuskan lagi, tapi mana-mana ahli Pas berhak jadi calon yang sesuai dan dapat memberikan kemenangan, semua orang boleh jadi calon, kita tak putuskan lagi,” ujar beliau.
Takiyuddin berkata demikian selepas ceramah mega Perikatan Nasional (PN) Pertahankan Kelantan, di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, beliau, mengakui, penyertaan Annuar ke dalam Pas memberikan kelebihan buat parti itu kerana bekas menteri itu jaguh berpidato.
“Saya tak menafikan perkara itu dan Tan Sri (Annuar) sendiri semalam di Negeri Sembilan menawarkan khidmatnya menjelajah ke negeri-negeri yang ada pilihan raya negeri (PRN), kami akan atur untuk berikan semangat kepada rakyat,” kata beliau.
Sebelum ini, Annuar secara rasmi diterima sebagai ahli Pas selepas dipecat dari UMNO.
Sementara itu, pentas ceramah PN malam tadi digunakan Annuar untuk menjelaskan penyertaannya ke dalam Pas kepada sebahagian rakyat Kelantan serta kepincangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah membohongi pengundi dan penyokong parti berkenaan.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa kini ahli Pas
#Ahli Parlimen Ketereh
#calon PAS
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan