ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Jun 2023.

1. "Banyak fitnah ditaburkan kepada saya" - Hamzah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin enggan melayan laporan yang mendakwa kediamannya ‘diserbu’ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pada Selasa lalu.

2. Mohamad Sabu selamat jalani pembedahan

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu selamat menjalani pembedahan jam 4 pagi, pada Sabtu.

3. Lelaki tunggang motosikal lawan arus di Lebuhraya SUKE serah diri - Polis

Seorang lelaki warga tempatan yang disyaki menunggang motosikal melawan arus di jejambat Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga menyebabkan kemalangan maut, tampil menyerah diri di Balai Trafik Kajang, pada Jumaat.

4. Tong gas oksigen meletup: Dua beranak ditidurkan, stabil

Tiga beranak yang melecur dalam kejadian kereta terbakar dan meletup di Taman Industri Ringan Sri Mergong, di sini pada Selasa masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

5. KJ jumpa PN minggu depan - Muhyiddin

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan PN bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan politik tersebut.

6. Ribuan serbu sesi temuduga Tesla Malaysia di Cyberjaya

Sesi temuduga 'walk-in' Tesla Malaysia yang diiklankan sebelum ini diserbu ribuan orang ramai pada Sabtu.

7. "Label saya sebagai Islamist adalah pandangan haprak"- PM Anwar

Perdana Menteri menyifatkan tindakan sekelompok kecil golongan bukan Islam yang melabelnya sebagai Islamist dalam kerajaan pimpinannya adalah satu pandangan yang haprak.


8. SPRM terima laporan 'naungan politik' lindungi judi dalam talian

SPRM mengesahkan telah menerima laporan berkaitan dakwaan mengenai 'naungan politik' yang melindungi pengendali platform perjudian dalam talian di negara ini.

9. Seorang maut dalam insiden bot bertembung di Pulau Perhentian

Nahas itu membabitkan sebuah bot nelayan yang membawa tiga kru serta 10 penumpang dan sebuah bot pelancong yang dinaiki dua kru serta 10 penumpang.

10. Orang politik jangan campur tangan perolehan aset tentera - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ahli politik tidak perlu campur tangan dalam urusan perolehan aset ketenteraan negara.