ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Julai 2023.
1. Bekas wartawan, pemenang Anugerah Kajai derita radang paru-paru
Bekas wartawan yang juga pemenang Anugerah Kajai tahun 2014, Wan Noor Hayati Wan Alias atau lebih dikenali sebagai Wanti kini dilaporkan dalam keadaan uzur akibat penyakit radang paru-paru.
2. Makmal dadah dalam gudang didalangi dua beradik tumpas
Kegiatan memproses dadah sejak awal tahun lalu oleh enam lelaki termasuk dua beradik tumpas selepas sebuah premis yang dijadikan makmal dadah di Jelapang dekat sini diserbu pihak polis, pada Rabu.
3. Kerajaan jamin nilai semula gaji penjawat awam
Kerajaan memberi jaminan akan mengkaji semula gaji dan elaun penjawat awam seluruh negara dalam masa terdekat.
4. Tragedi kepala air: Mayat kesembilan ditemukan
Satu lagi mayat ditemukan dipercayai mangsa lemas yang dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih, dekat Kemaman pada Sabtu lalu.
5. Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah
Sedih dengan fitnah dilempar, Shuib menerusi laman TikTok miliknya berkata dia akan mencuba sehabis baik untuk membersihkan semula nama arwah Siti Sarah yang terkait dengan isu tersebut.
6. PN cadang MCA dan MIC tinggalkan BN, Ka Siong jawab 'No'
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menolak untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) bagi menyertai Perikatan Nasional meskipun ditawarkan kerusi campuran kepada mereka pada pilihan raya negeri (PRN).
7. Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
8. Mayat warga lelaki Indonesia dalam but kereta, tujuh lagi ditahan
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Ramsay Anak Embol berkata kesemua suspek yang ditahan merupakan lelaki warga Indonesia, dan kini direman tujuh hari bermula hari ini.
9. Bertanding atau tidak, Tengku Zafrul akan pastikan PH-BN menang di Selangor
Tengku Zafrul menjelaskan, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang tawaran untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
10. Tiada menteri Kerajaan Perpaduan menyalahi tata kelola, tadbir urus
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehingga kini tiada menteri dalam Kerajaan Perpaduan pimpinannya terlibat dalam amalan yang menyalahi tadbir urus dan tata kelola.