ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Ogos 2023.
1. Agong seru IPT main peranan wujudkan akomodasi kaum
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru Universiti Teknologi Mara (UITM) serta Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) memainkan peranan ke arah mewujudkan semangat akomodasi antara kaum.
2. Usaha pupuk perpaduan perlu untuk tangkis hasutan - Sultan Nazrin
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, usaha untuk memupuk perpaduan semakin diperlukan ketika ini untuk menangkis suara-suara yang cenderung mengapi-apikan perasaan rakyat atas nama bangsa dan agama.
3. LGBT: Kertas siasatan pengikut ajaran 'The Ahmadi' ke Pejabat Peguam Negara
Kertas siasatan terhadap lapan pengikut fahaman The Ahmadi yang melakukan perhimpunan berkaitan hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di depan kompleks beli-belah Sogo pada 29 Julai lepas, telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara semalam.
4. PRN: Bantuan RM3,000 kepada pelajar IPT, hapus tunggakan bil air antara manifesto BN-PH Kelantan
Penghapusan tunggakan bil air Air Kelantan Sdn Bhd dan pemansuhan bayaran letak kereta di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) antara yang ditawarkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada 12 Ogos ini.
5. Shereen pecah rekod kebangsaan 200m berusia 25 tahun milik G. Shanti
Atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy terus mencuri perhatian selepas memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 200 meter (m) pada kejohanan 7th Annual Ed Murphey Classic 2023 di Tennessee, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.
6. Undang-undang baharu 3R ikat kebebasan bersuara?
Cadangan untuk memperkenalkan undang-undang baharu berkaitan agama, bangsa dan institusi diraja (3R) dibimbangi akan mengikat kebebasan bersuara khususnya pihak media bagi memberi laporan yang terbaik kerana mereka adalah mata dan telinga rakyat untuk kerajaan mentadbir dengan lebih baik.
7. Pengundi muda corakkan politik Malaysia, perlu bijak buat keputusan - PM Anwar
Pengundi muda yang berusia 18 hingga 25 tahun, mempunyai pengaruh kuat dalam mencorakkan politik negara sekali gus berupaya menentukan masa depan Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8. 'Kenapa tak mansuh sistem kuota Bumiputera?' Ini jawapan PM Anwar
Penggantian sistem kuota dengan sistem meritokrasi sepenuhnya hanya akan menyebabkan ketidakadilan kepada majoriti rakyat di negara ini, khususnya Bumiputera, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. PRN: Bukit Aman nafi Sanusi ditahan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan ada membuat tangkapan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
10. Pulau Pinang bakal lakar kejutan, pengundi Melayu sokong PH-BN - Anwar
Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang kali ini boleh menyaksikan kejutan dengan pengundi di kawasan majoriti orang Melayu memberi sokongan kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) demi masa depan negara.
Astro Awani
Sat Aug 05 2023
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Ogos 2023.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.