KEPALA BATAS: Penggantian sistem kuota dengan sistem meritokrasi sepenuhnya hanya akan menyebabkan ketidakadilan kepada majoriti rakyat di negara ini, khususnya Bumiputera, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika menjawab soalan pelajar dalam sesi Temu Anwar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, hari ini, Perdana Menteri berkata, sistem kuota tidak menafikan peluang untuk bangsa lain kerana rayuan masih boleh dilakukan jika mereka benar-benar layak.
“Janganlah nak batalkan sistem kuota kerana ia akan menimbulkan turmoil (kekacauan) dalam negara ini. Kalau ada anak India atau anak Cina yang berasakan mereka tidak dilayan dengan adil (kerana sistem kuota Bumiputera), boleh buat rayuan dan kami akan melakukan yang terbaik untuk memberi pertimbangan.
"... anda bercakap tentang soal meritokrasi, tetapi anda tidak tahu ada sekolah yang cukup daif... tempat orang-orang miskin belajar. Anda tak faham ada orang nak makan pun tak cukup, nak pergi sekolah... tetapi anda nak suruh (mereka) bersaing (melalui meritokrasi).
“Saya datang dari MCKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar), saya tak boleh mengadu sebab sekolah ini antara yang terbaik. Tapi sebagai Perdana Menteri saya bukan nak lindungi MCKK, saya nak lindungi semua.
"... dan kita ubah. Saya kata kalau sekolah itu daif, saya tak peduli... KPM (Kementerian Pendidikan) tolong semua. Sebab itu sekarang memang dah ada perubahan," katanya.
Dalam sesi tersebut, seorang pelajar meluahkan rasa tidak puas hati kerana sistem kuota didakwa menyebabkan ahli keluarganya yang cemerlang dalam pelajaran tidak mendapat tempat dalam institusi pendidikan awam biarpun melalui pengambilan kedua.
Pelajar tersebut mendakwa, terdapat pelajar yang kurang berkelayakan, tetapi lebih mudah diterima dalam institusi tersebut semata-mata kerana mereka adalah Bumiputera.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau boleh mengambil keputusan yang popular semata-mata untuk memuaskan hati segelintir pihak, namun ia akan memberi kesan buruk.
“Kita perlu lakukan (perubahan) secara berperingkat… tidak boleh buat secara gopoh. Anak-anak India, anak-anak Cina semua anak saya. You force us to change now to satisfy the demand of the extremist, we will be wiped out in the election. And you will have Pas and Bersatu to govern this country,” katanya lagi.
Menjelaskan lanjut, Perdana Menteri berkata, mereka yang mempersoalkan tentang sistem kuota harus belajar mengenai sejarah negara ini, dan memahami mengapa ia penting bagi menjamin keadilan untuk kaum Bumiputera, tanpa meminggirkan nasib kaum lain.
Anwar berkata, beliau dan rakan-rakan Kabinet akan sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk melakukan perubahan dalam sistem pendidikan negara, bagi menjamin keadilan untuk semua pihak.
Firdaus Azil
Sat Aug 05 2023
Anwar berkata pemansuhan sistem kuota bersifat popular, dan akhirnya akan menyebabkan negara dalam kekacauan. - Gambar fail
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukkan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
PM ajak warga Pulau Pinang hadir sesi Temu Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) esok.
Halalkan kanabis perubatan? Sabar dulu - Anwar Ibrahim
Ambil kira jumlah penagih dalam kalangan anak muda termasuk di luar bandar yang semakin meningkat sehingga mencecah ratusan ribu setakat ini.
Ibu bapa cetus keprihatinan terhadap orang miskin, asuhan guru teguhkan disiplin - Anwar
Bcerita tentang zaman persekolahannya, Anwar menekankan mengenai didikan saling menghormati yang ditonjolkan oleh guru-gurunya.