MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Ogos 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Ogos 2023.
Ikuti laporan penuh Astro AWANI berhubung pesawat terhempas di Bandar Elmina.
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kesal dengan tindakan pasukan Lee Zii Jia termasuk jurulatihnya, Wong Tat Meng yang mendakwa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuli para pemain profesional.
Polis menahan seorang lelaki berusia 32 setelah dipercayai terbabit dalam kes samun melarikan kenderaan serta mencabul kehormatan seorang wanita warga emas di Pokok Assam, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata bedah siasat berkenaan turut bergantung kepada proses pengecaman identiti.
5. Hasil bedah siasat PRN dibincang secara dalaman - Pemuda UMNO
5. Hasil bedah siasat PRN dibincang secara dalaman - Pemuda UMNO
Hasil dapatan ‘bedah siasat’ pilihan raya negeri (PRN) ke-15 akan dibincangkan secara dalaman dengan pucuk pimpinan terlebih dahulu, kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
6. Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan cabar keputusan pilihan raya Segamat
6. Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan cabar keputusan pilihan raya Segamat
Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri M. Ramasamy supaya petisyen pilihan raya kerusi Parlimen Segamat dikembalikan kepada Mahkamah Pilihan Raya untuk satu perbicaraan penuh.
Sebuah pesawat ringan dalam latihan penerbangan hilang kawalan dan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, tengah hari tadi.
8. Menteri Besar Selangor angkat sumpah Isnin ini
8. Menteri Besar Selangor angkat sumpah Isnin ini
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada jam 11 pagi, Isnin ini.
9. Perbicaraan kes Ebit Lew disambung September depan
9. Perbicaraan kes Ebit Lew disambung September depan
Perbicaraan kes pendakwah terkenal, Ebit Lew ditangguhkan pada Jumaat dan akan disambung semula pada September depan.
10. Pesawat terhempas di Elmina: Satu jenazah mangsa nahas diserah kepada keluarga esok
10. Pesawat terhempas di Elmina: Satu jenazah mangsa nahas diserah kepada keluarga esok
Satu jenazah mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam akan diserah kepada keluarga esok pagi (Sabtu), kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami